Welcome To My Pot Pet Pot Pet # D'La Isran # Biru Itu Indah

Pengikut Setia Ku

Rabu, 10 Februari 2016

Kenangan

Assalammualaikum....

Hari ni nak meluah lagi.. aku nak luah kat orang takut orang takkan faham apa yang aku rasa.. takut orang gelakkan.. takut orang kata aku ni macam tuh laa, aku ni macam ni laa.. so daripada aku terima kata2 atau pandangan2 mcm tuh baik aku luah kat sini.. one day bila free boleh baca balik.. walaupun nampak syok sendiri aku tak kisah sebab dengan cara ni aku boleh legakan perasaan sendiri.. dengan cara ni aku boleh redakan perasaan yang tengah berperang hebat kat dalam ni.. okey sebenarnya apa yang aku nak cerita kat sini mengenai seseorang yang pernah aku kenal, yang pernah aku sayang, yang pernah aku cinta, yang pernah hadir dalam hidup aku dan sempat buat aku bahagia.. aku nak cerita ni bukan apa.. dengan cara ni aku takkan mudah lupakan seseorang yang pernah penting dalam hidup aku suatu masa dulu.. dengan cara ni aku boleh ingat apa yang pernah dia buat pada aku dan dia pernah bagi kebahagian pada aku.. (berharap suatu hari nanti dia baca) sebab semuanya yang aku tulis hanya mampu di simpan di hati dan hanya mampu di luahkan di blog ini sebab diri ini sangat2 tidak mampu untuk luahkan semua kepadanya.. okey lets start..

       Biar laa aku kenalkan dia dulu.. Nama dia bermula dari huruf H.. so aku gelar laa dia kat sini sebagai si H atau Mr. H. Umur dia sekarang dah 23.. tinggal kat sungai buloh selangor.. masa kenal dia mula2 dulu dalam wechat.. masa tuh bulan puasa.. :) aku ni memang suka 'look around' dekat wechat.. biasa laa waktu tuh single.. so nak jugak laa cari2 kenalan untuk lepaskan bosan.. tapi ramai2 kenalan wechat aku semua tuh, tak pernah seorang pun aku berani jumpa.. sampai laa satu saat di mana aku kenal si H ni.. satu hari tuh bila dia add dekat wechat kami saling kenal2 dan borak biasa2 macam mana aku borak2 dengan kenalan wechat aku yang lain.. hari demi hari (cewahhh guna ayat novel sikit) bila kami dah makin kenal dan makin aktif chat dekat wechat dia dah mula ajak keluar.. setiap kali dia ajak keluar aku mesti tolak.. macam kenalan aku yang lain jugak.. tapi bila suatu hari tuh kami mula nak jumpa.. aku beranikan diri jumpa dia.. dia bawa aku buka puasa dekat sebuah restoran.. dan tengok kat bawah.. ni laa gambar yang aku ambil curi2 masa kami first jumpa.. aku sengaja kaburkan biar laa aku sahaja tahu rupa dia yang sebenar dan biar aku sahaja yang tahu siapa sebenarnya yang aku gelarkan mr.H itu..
agak kelakar sikit cara aku edit..

      Okey lepas jumpa hari tuh hubungan kami makin lama makin rapat dan kami mula mempunyai hubungan istimewa.. selama kenal dia, dia memang seorang yang baik.. aku dapat lupakan ex boyfriend aku yang sebelum ni pun disebabkan si H ni yang mampu buat aku lupa terus dengan ex aku itu.. padahal sebelum aku kenal si H ni, aku memang susah nak lupakan ex aku tuh.. bertahun jugak aku masih ingatkan dia.. (tak percaya dipersilakan laa skodeng entry2 aku yang lepas kat dalam blog ni) tapi semua tuh aku boleh lupakan sekelip mata bila aku dah kenal si H ni dan bila si H ni mula bertakhta di hati ni.. aku ni jenis kuat marah, kuat cemburu.. sebab aku break dengan ex aku sebelum kenal dgn si H ni pun disebabkan cemburu aku yang terlalu kuat ni,, entah laa nak cakap mcm mana.. aku cemburu sebab aku sayang.. sayang sangat2.. tapi tak tahu pulak sebab cemburu aku tuh hubungan kami mula berombak yang sebelum ni tenang je.. sweet je.. tapi si H ni jenis yang penyabar.. setiap kali kami gaduh mesti tak lama lepas tuh dia akan pujuk balik.. sebab tuh laa makin lama aku makin sayang dekat dia.. sebab perangai dia yang satu ni.. sikapnya yang penyabar tuh laa aku makin mengada2.. aku selalu buat perangai.. aku pun sebenarnya tak perasan aku buat macam tuh.. yang aku tahu masa tuh aku nak perhatian lebih dari dia.. aku nak dia selalu ada untuk aku.. tapi lepas beberapa bulan hubungan kami masih macam biasa walaupun kejap tenang dan kejap berombak.. kami masih still bersama.. pernah jugak bila kami gaduh besar kami dah break.. tapi masing2 tak tahan rindu.. masing2 masih ada rasa sayang.. lepas tuh kami akan contact balik.. macam tuh laa selalu sampai satu saat di mana......... (sambung kat bawah) :D

         Sampai satu saat di mana muncul orang ketiga di antara kami.. aku klu dah sayang aku takkan curang.. aku memang nak dekat dia sorang je.. tapi semua tuh berubah bila suatu hari kami gaduh dan si H ni mulai kurang layan aku.. janji dia pada aku masa sebulan cuti sem tuh dia akan selalu teman aku jalan2 disebabkan aku tggl sorang dekat rumah so takde laa teman nak keluarkan.. tak berani nak keluar sorang2 dekat kl tuh.. so sebelum cuti sebulan tuh dia mmg dah plan nak teman aku selalu keluar jalan2 supaya aku ni tak laa boring sangat dok terperap kat rumah.. entah macam mana masa dah nak dekat2 cuti, kami gaduh lagi.. masa tuh dia mmg nak tinggalkan aku.. kami dah tak contact.. dia langsung tak contact aku.. dia langsung tak risaukan aku yang duduk sorang2 dekat rumah tuh.. aku ni manusia biasa jugak.. memang aku jenis yang setia.. tapi bila aku dah di buat macam tuh aku rasa nak memberontak.. hati ni dah laa kecewa dengan sikap dia dengan masa yang sama bosan tahap nak gila duduk rumah sorang2.. so masa ni laa aku mula 'look around' balik dekat wechat.. dan aku dah mula kenal dgn dua orang lelaki dalam masa yang sama.. sorang org kelantan dan sorang lagi orang terengganu.. dua2 diorang ajak aku keluar.. disebabkan aku bosan, aku keluar jugak walaupun aku tak berani jumpa orang dan tiada keyakinan nak jumpa orang.. aku keluar jalan2 dengan dua orang lelaki tersebut.. dua2 baik.. lepas sorang aku keluar, aku keluar lagi dengan yang sorang.. dan hubungan kami takda apa yang istimewa pun.. kami cuma berkawan dan nasib laa ada mereka berdua sudi berkawan dengan aku masa tuh.. hilang laa jugak rasa bosan duduk rumah sebulan sorang2.. masa aku tengah happy berkawan dengan mereka tuh laa si H datang balik nak keruhkan keadaan.. disebabkan aku mmg rindu dan memang sayang dekat dia, aku maafkan dia mcm tuh je.. kami mulakan hubungan balik mcm dulu tapi sedikit hambar.. tiada lagi rasa manisnya bila berhubung dengan dia masa tuh.. dan masa tuh dia mmg tak tahu yang aku pernah keluar dengan dua orang kawan lelaki aku yang baru aku kenal tuh.. makin lama memang hubungan makin tawar so kami pun break..

      Bulan 10 tuh kami dah break.. dan hujung bulan 10 aku dah berpindah hanya sementara ke rawang disebabkan aku dah mula start praktikal.. masa kat rawang muncul lagi seseorang yang selalu chat aku tanpa jemu.. selalu ambil berat pasal aku sampai hati aku dah mula rasa sesuatu.. memang masa tuh si H langsung dah tak muncul.. dan disebabkan aku dan dia dah break.. aku terima seseorang ni dalam hidup aku.. kami pun mula bercouple.. entah berapa lama lepas tuh, si H ni contact aku lagi,, aku memang masa tuh masih tak boleh lupakan dia so aku terima dia balik.. dan yg seseorang tuh pun mmg tak kekal sebab dia kejap ada kejap takda.. so aku mula balik bercouple dengan si H.. selalu jugak kami gaduh tapi dia still boleh sabar.. (pasal hal aku couple dgn someone ni pun aku tak pernah bagitahu dia) kalau dia masih ingat, pernah satu hari masa kami oncall aku ada cakap yg aku ada sesuatu nak diceritakan dekat dia tapi aku kata tunggu laa ada masa yg sesuai.. tapi tak sangkah sampai sekarang aku langsung tak berkesempatan nak ceritakan semuanya dekat dia..  

        Keluarga aku ramai dah aku cerita pasal si H ni.. kawan2 yang rapat dengan aku pun ramai dah kenal si H ni.. aku selalu cakap depan kawan2 aku yang si H ni memang seorang yang penyabar sebab tuh biar berapa kali kami putus kami tetap bercouple semula disebabkan aku terlalu sayangkan dia.. so dalam cerita aku semua kat atas tuh agak2 laa kan siapa yang baca ni, sekarang ni kami still couple or tak??

        Okey taknak laa bagi teka teki.. masa aku tulis ni kami memang dah takda apa2 hubungan lagi.. sebab apa???? okey mari aku bagitahu sebabnya kenapa.. aku memang dah habis belajar so dalam 30 bulan 12 tahun 2015 tuh aku akan balik terus ke sabah.. aku dah tamat belajar selama hampir 3 tahun belajar dekat KL.. sebelum aku balik tuh, kami ada jumpa.. dia sempat tolong ambil aku dekat rawang dan malam tuh dia datang lagi ke rumah aku semata2 nak baiki kipas aku yang rosak.. lepas baiki kipas aku, kami borak2 kejap.. dan dia kata tinggal berapa hari je lagi aku dekat KL.. dia kata nak ajak aku keluar mungkin keluar untuk yg terakhir kalinya sebelum aku balik sabah.. lepas borak2 kejap tuh, dia pun balik ke rumah dia.. keesokannya bila aku call, dia kata dia demam.. aku pun rasa bersalah sangat masa tuh.. mungkin dia demam disebabkan dia tolong aku baiki kipas sebab masa dia balik ke rumah masa tuh dah pukol 3 pagi.. mungkin disebabkan tuh dia demam.. berapa hari dia demam aku makin risau,, satu hari entah berapa kali aku call.. niat di hati nak je aku datang rumah dia tengok dia ok ke tak.. tapi aku segan dan aku takut dengan family dia,, nanti apa pulak kata family dia kan.. so aku tahankan diri aku.. aku just call dia berkali2 untuk tahu keadaan dia.. demam dia memang teruk sebab dah berhari2 demam dia tak hilang2 lagi.. aku pujuk dia suruh dia pergi hospital tapi dia taknak.. so aku pun taknak paksa2 dia sebab dia tengah demam.. lepas call dia aku tengok last seen wasap dia.. aku tgk fb dia.. start situ aku rasa lain.. dia kata dia tido dan tak larat tapi bila aku tengok last seen dia kat wasap dan jugak kat fb masa tuh memang dia ada online.. so aku mula marah2 dia.. aku hantar wasap marah2 kat dia.. dia cakap dia online wasap sbb nak inform boss dia yg dia tak dpt turun kerja.. sebab yg tuh aku blh terima.. tapi kenapa dia blh online fb tengah2 sakit mcm tuh so.. aku tanya dia lagi.. dia langsung taknak mengaku padahal aku dah screenshoot dah pun last seen dia kat fb.. lepas tuh dia mengaku mmg dia ada buka fb sebab nak tengok video2 untuk hilangkan rasa bosan.. itu yang dia cakap dekat aku.. aku rasa memang kecil hati sangat2 masa tuh.. wasap aku dia biarkan bluetick je.. aku mmg paling tak suka wasap aku dibiarkan bluetick mcm tuh tapi disebabkan dia tengah sakit aku cuba faham dia.. tapi yg buat hati ni rasa sakit bila dia boleh buka fb tapi langsung tak reply wasap aku.. start situ aku mula marah2 lagi walaupun aku tahu dia tengah sakit.. kami gaduh lagi dan kami tak dapat jumpa untuk kali terakhir memandangkan dia tengah sakit dan hari aku nak balik ke sabah pun dah tiba..

        01.01.2016 aku dapat wasap dari dia,, (masa ni aku dah kat sabah) senang hati jugak bila dapat wasap dari dia walaupun hati rasa kecil hati berkali2 disebabkan sebelum aku balik sabah tuh aku banyak kali call dia tapi dia nak taknak je layan.. lepas dia tanya macam2, aku pun tanya dia balik.. lagi sekali wasap aku dia biarkan bluetick.. aku tak blh tahan hati, aku marah2 lagi dan maki2 dia lagi.. sebelum ni aku selalu maki2 dia, dia memang tak pernah maki aku balik.. sebab tuh aku sayang dia,, tapi hari tuh tanpa aku sangkah dia maki aku balik.. aku tak sangkah betul yg dia sanggup maki aku.. aku tak tahan aku block dia dekat wasap dan wechat.. then lepas tuh aku terfikir, mungkin dia berubah sampai macam tuh sekali disbebakan aku dah jauh dari dia.. disebabkan itu perangai dia yang sebenar dah keluar.. anggapanku mungkin selama kami couple dia hanya berpura2 bersabar.. tak tahu laa,, tu cuma anggapan.. Allah je yang tahu.. dan disebabkan itu sahaja kami dah takda apa2 hubungan sekarang ni.. nampak mcm pelik je kan,, mesti orang kata sebab tuh je dah break.. tapi bagi aku lain.. aku tak boleh terima orang yang aku sayang maki aku balik.. sampai sekarang aku tertanya2 jugak.. klu sebelum ni dia blh tahan sabar dgn aku, knp masa tuh dia tak blh tahan sabar dia biarpun kejap??? ke dia memang langsung tak sayangkan aku sebab tuh dia dah berubah sampai macam tuh sekali.. Wallahu'alam..

    Apapun, macam mana sekali aku dah kecewa dengan sikap dia.. aku takkan pernah lupakan segala kebaikan yang pernah dia buat untuk aku.. aku nak sangat cakap kat dia yang aku nak berterima kasih kat dia sebab pernah hadir dalam hidup aku dan pernah bawa kebahagian untuk aku walaupun kejap.. jujur aku akui aku masih sayangkan dia.. aku masih rindukan dia.. malam2 aku akan ingat kat dia.. tapi nak mulakan hubungan dia semula mungkin memang takkan pernah terjadi lagi kecuali jika kami memang ada jodoh.. doa ku untuknya moga dia sentiasa bahagia bersama2 orang2 yang dia sayang dan akan aku jadikan kenangan bersama dia sebagai kenangan yang takkan pernah aku lupakan.. biar laa kenangan2 tuh semua aku simpan dalam lipatan sejarah dalam lubuk hati yang paling dalam.. semoga diri mu bahagia selalu MR.H.A.. :)


ya ni laa yang selalu aku buat walaupun jauh di lubuk hati aku taknak langsung kehilangan dia.. :)

dan aku akui jugak.. bayangannya memang selalu dalam ingatan ku.. mungkin kenangan silam yang masih menghantui aku disebakan itu aku selalu ingat kat dia.. :)

yess!! memang bukan senang nak lupakan dia.. tapi aku akan cuba.. dulu pun aku pernah lalui.. insyaAllah aku boleh buat macam mana aku boleh buat dahulu.. :)

dan satu yang ku harapkan moga kami still boleh menjadi kawan.. :)


ya semua ini Allah sahaja yang tahu.. mungkin satu hari nanti dia akan temukan aku dengan seseorang yang boleh sabar, faham dengan kerenah aku yang di anggap tidak matang oleh Mr H. :)

selamat malam Mr.H.. :)

SEKIAN












Selasa, 12 Januari 2016

2016

Assalamualaikum..

Haiii.. post pertama di tahun 2016.. wowww kalau perasaan post aku yang terakhir tuh berkait rapat dengan tahun baru 2015.. and tak sangkah kejapnya masa berlalu.. ohhya! one more thing, umur aku akan masuk 21 tahun pada tahun ni.. kejap je lagi.. jgn lupa wish okey.. :D

Apa aku nak citer ni?? banyak benda sebenarnya nak luahkan tapi tak tahu nak mula yang mana dulu.. kenangan utk tahun 2015 banyak sangat.. kenangan dan pengalaman tuh semua akan aku simpan dalam buku sejarah hidupku sendiri.. bukan umur yang boleh mematangkan seseorang itu tapi pengalaman sebenarnya yang membuatkan seseorang itu matang tentang kehidupan.. betul tak? kalau ingat balik kenangan2 lepas boleh buat aku tersenyum2.. banyak sangat kenangan manis di tahun 2015.. sekarang dah tahun 2016.. aku pun baru je habis tamatkan diploma aku selama hampir 3 tahun di negeri orang.. Alhamdulillah.. tak sangkah aku dapat lalui semuanya.. congratss buat diri sendiri dan kawan2 seperjuangan ku.. :)

Cakap pasal kawan2.. Ya Allah tiba2 rasa berair pula mata ni.. aissyyhhh!! apasal masuk habuk pulak ni.. -_-".. okey seriously aku rindukan kawan2 aku.. aku rindu nak pegi kelas.. aku rindu nak duduk dalam kelas.. aku rindu gelak2 dengan kawan.. aku rindu gelagat2 kami dalam kelas.. serius aku rindukan semua kenangan kami di Kpakk.. semuanya tinggal kenangan.. takkan pernah sama kenangan lalu dengan yang akan datang.. cuma akan terjadi sekali seumur hidup..biasa laa.. dah adat kehidupan.. bertemu dan berpisah.. kami di temukan dalam tahun 2013 dan di pisahkan dalam tahun 2015.. sepanjang masa tuh banyak kami lalui sama2. susah senang.. ketawa menangis semua ada.. gaduh, baik, gaduh lagi dan baik lagi.. semua tuh kami pernah rasa.. siapa yang tak rindukan semua tuh??!! (alamak makin banyak laa pulak habuk masuk mata) T_T.. hati kena tabah.. hati kena sabar.. hati kena kuat.. biar macam mana pun hidup perlu di teruskan.. biarlah kenangan yang tercipta tuh terkemas indah dalam lipatan sejarah.. :) aku nak ceritakan seorang demi seorang kawan sekelas aku tapi rasanya aku tak mampu.. ye laa ramai kot.. jenuh nak taipnya.. so biar laa gambar2 di bawah yang menceritakan segalanya.. kohort 15 a g1.. aku rindu sangat2 dekat kamu semua..
gambar first kami bersama.. :)


gambar subjek personaliti

gambar dalam kelas


lawatan ke petrosains


majlis apresiasi - arabian nights


karnival keusahawanan



gambar terakhir kami - khidmat komuniti (gotong-royong).. :(

okey jom tengok gambar aku berdua dengan kawan2 aku.. orang kata aku terlampau suka selfie tapi diorang tak tahu niat aku nak selfie dengan diorang.. niat aku cuma nak ada kenangan dengan diorang.. thats all.. 
with eka a.k.a kaswahzikah a.k.a bff

with fara a.k.a farrrraaaa!!! 

with eyra a.k.a ira

with kak ary a.k.a dung

with kak nori a.k.a ning

with kak kira

with yunita a.k.a itak

with mimi a.k.a mimi kecik

 with kak memel

with lala a.k.a comot

with kak teha

with ipah latif

with diba

with yana

with mirra

with faris

with kak mimi a.k.a kak mimi comel

with dila ismail

with sapikah kah kah
   
with sapura

with kak jun

with pinaz

with fida a.k.a fidss

with kak papai

with paan  

with kak jati a.k.a kak karipap

with zul a.k.a ngah


with shu


okey done.. banyak lagi gambar yang takda sebab tak jumpa.. banyak sangat gambarnya.. gambar takde tak bermakna di hati pun takde.. diorang semua tetap ada dalam ingatan, dalam hati.. semoga semuanya berjaya dunia dan akhirat.. semoga semua bahagia.. jumpa semua time konvo nanti.. akan dirindui kenangan bersama mereka semua.. :(


SEKIAN










































































       

Rabu, 6 Mei 2015

Kisah Kita

Assalamualaikum.. 

Fuhhhhh!!! Fuhhhhhh!!.. hacummmm!!! Hadoiii berhabuk laa blog ni..ehhh heloooo.. haiii.. lama tak jumpa kan.. lama tak update.. kesian blog ni.. takpe laa.. takde yg baca pun.. aku kan syok sendiri.. krik krik krik krik.. HAHAHA.. anyway tak tahu laa nak citer apa.. banyak benda sebenarnya nak citer.. tapi tak tahu nak mula dari mana.. -_- Oh ya.. sebenar-benarnya masa mula2 nak masuk 2015 tuh.. yg first day 2015 tuh.. memang nak update blog.. tapi masa tuh malas gilakkkk.. so tak jadi.. haahah.. jadi masa ni laa aku nak ucap.. welcome 2015.. from me blog dlaisran.. (lambat wish) okey.. nak citer laa... dalam tahun ni banyak bebenor hal yang terjadi.. yang terjadi tuh tak laa teruk sangat.. tapi macam biasa laa.. macam rutin harian kita jugak.. ada sedih, gembira, teruja, marah dan macam2 perasaan lagi laa.. mungkin dalam tahun ni dah semua kot aku alami dan rasai.. cewahhhh.. okey untuk perubahan diri aku rasa takde yg berubah.. tapi berat aku rasa semakin naik.. bukan rasa lagi tapi memang hakikatnya.. haisshhhh! bila laa nak kurus balik ni... rindu zaman kurus dulu.. -_- okeyy.. nak bagitau laa sini.. tak lama lagi aku habis study dah.. pejam celik pejam celik dah habis.. last tahun ni.. sekarang dah bulan 5.. tak lama masuk sem baru.. dah habis dah sem pendek,., lepas ni masuk sem panjang.. sem akhir buat diriku yang bergelar pelajar DIPLOMA PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK... cehwahhh.. :D kena laa bangga sikit.. dah dua tahun lebih kot aku bertahan kat sini.. so kena ada semangat.. okeyy sekarang aku tak tahu nak buat apa.. aku nak happy atau aku nak sedih sebab nak dekat habis dah belajar.. aku happy sebab mungkin lepas ni aku akan selalu berada di samping keluarga ku.. aku happy mungkin lepas ni aku tak payah nak susah2 lagi pasal duit dan aku mungkin kurang menyusahkan mak bapa aku.. aku happy mungkin lepas ni aku tak payah tahan hati, tahan maki tahan perasaan dalam rumah ni ataupun dalam kolej.. aku happy mungkin sebab aku memang tak sabar nak habis belajar.. TAPI mungkin jugak aku sedih nak tinggalkan KPAKK.. aku sedih sebab nak berpisah dengan kawan2.. aku sedih sebab nak berpisah dengan FADINE.. aku sedih sebab aku mungkin akan jarang atau takkan jumpa dengan FADINE.. aku sedih aku akan rindukan FADINE.. aku sedih sebab keluarga macam mana sekalipun aku akan balik ke tempat mereka.. walaupun sekarang ni aku rindu gilak dengan diorang tapi sampai waktunya diorang jugak tempat aku tinggal.. sebab diorang keluarga ku.. tapi KAWAN??? kalau kawan yang di sandakan tak kisah sangat sebab mungkin ada masa untuk jumpa.. tapi yang kat KL atau lebih tepat yang kat JOHOR ni.. mungkin aku jarang jumpa atau mungkin takkan jumpa.. :( aku sedih sebab selama 2 tahun lebih atau yang pasti nak dekat 3 tahun berada di KL, diorang laa yang nampak gembira ku.. sedih ku.. marah ku.. 24 jam aku dengan diorang.. sebab diorang satu rumah dengan aku.. aku nampak salah diorang.. aku nampak kebaikkan diorang.. diorang jugak nampak salah aku.. aku sedih sebab aku tahu aku akan rindu diorang.. aku tahu aku banyak sakitkan hati diorang.. tanpa sedar atau dalam keadaan sedar.. aku pun manusia biasa jugak.. tak pernah lari dari buat silap.. aku pun selalu terasa hati dengan diorang.. bukan sorang.. bukan dua orang.. tapi lima2 diorang aku pernah terasa hati.. tapi aku tahan.. aku pendam.. sebab biar macam mana pun diorang keluarga aku kat sini.. pernah ada rasa benci dalam hati ini.. tapi aku cepat buang.. aku takna benci diorang.. benci tuh hilang disebabkan perasaan SAYANG itu lebih banyak dan mungkin disebabkan perasaan sayang itu dapat menghakis perasaan benci itu.. siapa diorang iti sebenarnya??? diorang tuh laa keluarga aku kat sini.. diorang tuh laa FADINE aku.. diorang tuh laa cinta hati aku.. diorang tuh laa yang bernama FARAH, Kak Ary, Ira, Kak Nori dan Eka.. FADINE tuh ialah FARAH,ARY,DILA,IRA,NORI,EKA.. diorang laa yang aku maksudkan.. masa konvo nanti.. diorang ni laa yang akan buat masa tuh mata aku berair.. sebab apa??? sebab selama aku di sini, segala pahit manis kami sama2.. yang pasti diorang laa yang akan aku rindui masa aku lepas belajar nanti.. okey.. kalau diantara kamu yang baca blog ni.. aku nak cakap sikit.. mungkin aku tak berani nak cakap depan2.. so aku cakap kat sini jak laa ya.. " To my FADINE, aku tahu selama kita kenal aku banyak buat kamu sakit hati, terasa hati, makan hati, minum hati, tergores hati dan macam2 lagi laa yang berkenaan HATI ni.. aku tahu semua tuh.. aku pun manusian biasa jugak.. mustahil laa aku tak buat tuh semua.. aku tahu kalau dapat dikira mungkin berjuta2 kali aku sakitkan hati kamu.. tapi apakan daya ku.. aku minta maaf.. aku minta maaf sangat.. aku pun mau bagitau jugak.. aku pun ada sakit hati dengan kamu.. semua ada.. sakit hati, kecil hati, makan hati.. tercekik hati pun ada.. berbaki berapa bulan ni lagi.. aku takut kalau2 ada satu hari antara kita tak dapat kawal perasaan marah dan sakit hati tuh.. aku berharap sangat yang PERSAHABATAN kita ni akan KEKAL sampai kita pegang segulung DIPLOMA tuh.. aku harap sangat2,. aku tahu macam senang jak aku cakapkan.. aku pernah cakap dengan diri sendiri.. bila aku sakit hati dengan kamu, aku akan ingat.. kita ndak lama sudah belajar sini sama2.. lepas belajar macam mana besar sakit hati pun.. besar atau tinggi macam KLCC pun akan hilang dan digantikan dengan rindu.. percaya laa.. mustahil laa kita ndak rindu antara satu sama lain sebab 24 jam kot kita sama2.. kecuali ada cuti.. so aku harap sangat kita akan kekal sama2 sampai habis belajar.. aku harap walaupun kita gaduh, kita berbaik balik.. boleh kalau mau sakit hati.. tapi please jangan sakit hati sampai mati.. " aku sayang kamu.. aku sayang sangat2.. segala kebaikan kamu dengan aku selama ni aku takkan dapat balas sampai bila2.. tapi hanya Allah jak yang dapat balas.. bila kita berpisah nanti.. aku harap kamu akan ingat balik macam mana cara kita mula2 kenal.. :) macam mana kita sama2 naik bukit..macam mana kita pakai warna baju sama2.. macam mana sama2 kita pecahkan pintu bilik ku :) Macam mana kita jalan sama2 pegi makan.. macam mana kita sama2 kena tipu kononnya kita pegi jumpa datin tapi last2 kita pegi padi syak.. HAHAHAHA.. selama aku hidup 20 tahun ni.. ni laa pertama kali aku tinggal satu rumah dengan lain2 perangai.. berbeza2 karekter.. berbagai2 karenah.. jadi aku akan takkan lupakan kamu sampai bila2.. aku sayang kamu sangat2.. :( kamu bukan KAWAN!!! kamu bukan RAKAN!! Tapi kamu adalah SAHABAT.. ;) insyaAllah dunia dan akhirat..






























AKU SAYANG KAMU SAHABAT ^_^