Welcome To My Pot Pet Pot Pet # D'La Isran # Biru Itu Indah

Pengikut Setia Ku

Sabtu, 10 Ogos 2013

Mungkin Ada Hikmah di Sebaliknya

Assalamualaikum....

Hari ni dah masuk raya keempat.. macam biasa laa.. tak boleh tidur.. so nak hilangkan boring,, update blog laa.. Sebelum sambung study hari tuh,, aku berminat nak sambung study kat satu tempat ni (biar laa rahsia) tapi tak da rezeki kan.. entah kenapa memang aku teringin nak sambung kat situ.. tapi dalam waktu yang sama aku nak sambung study dengan bestie2x aku sendiri.. biasa laa kan.. dah lama kawan,, mesti tak nak berpisah.. mesti nak sambung study sama2x.. lepas tuh time aku kerja,, satu di antara bestie ku yg lain contact aku.. ajak aku sambung study di mana dia nak sambung study.. first tuh aku gelak juga dengar nama kolej yg dia sebut tuh.. tapi tersirat dalam fikiran nak tau lebih lanjut tentang kolej tuh.. aku pun google laa.. entah bagaimana dan sewaktu dengannya aku secara tiba2x berminat sangat dengan kolej tuh.. tapi bila aku dah minat,, banyak pula halangan yang datang.. parents ku tak dah masalah.. tapi masalah itu datang sendiri bila mana ada mulut orang2x berkenaan tidak mahu aku sambung study kat kolej ni.. aku jadi confused sikit.. tak tau nak buat apa lagi.. tapi walaupun banyak yang menghalang,, aku tetap dengan niat ku yang pertama,, iaitu sambung study kat kolej berkenaan.. biarpun dalam keadaan yang sama,, aku macam dah putus asa nak sambung study.. rasa macam nak kerja ja.. tak payah nak sambung study lagi.. tapi alhmdulillah.. semua tuh aku dapat elak.. dan kini niat ku tercapai.. :) akhirnya aku dapat sambung study dekat kolej yang menjadi pilihan hati walaupun pada mulanya ramai yang menjadi penghalang..
~raya tahun lepas.. kat kampung halaman ku..

First tuh,, memang aku tak rasa lagi sesuatu.. tapi bila puasa dan raya menjelma,, rasa itu datang macam nak serang betul.. masa tuh laa baru terfikir,, kenapa aku sambung study jauh dari family ku.. baru aku sedar yang aku memang tak boleh hidup tanpa ada family di sisi.. tapi aku cuba kuatkan semangat.. aku tak nak hampakan harapan mereka2x yang tersayang.. aku nak teruskan perjuangan ini walau sesusah mana hidup yang harus di tempuh.. aku tahu setakat cubaan ini tak akan sehabat cubaan yang harus di tempuh oleh orang lain.. mungkin ada lagi cubaan hidup orang lain yang lebih jauh hebatnya berbanding cubaan yang aku terima ini.. aku sampai ke sini.. aku di hantar ke sini.. semuanya mesti ada hikmah di sebaliknya.. siapa tahu kan.. siapalah kita untuk menyalahkan takdir yang telah di atur rapi oleh-Nya yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui.. aku sebagai hambanya yang lemah cuma mampu berdoa agar aku dapat meneruskan perjalanan hidup ini dalam keadaan yang tabah dan di redhai-Nya.. semoga segala impian dan cita2x ku tercapai.. semoga aku lebih tabah mengharungi jalan hidup yang penuh dengan onak duri yang berliku-liku ini dengan lebih baik dan sentiasa dalam keredhaan-Nya.. :) semenjak sambung study jauh dari family ni,, aku dapat belajar sesuatu yang selama ini aku tak tahu.. baru aku sedar kenapa dan mengapa ibu ku selalu melarang aku buat perkara itu dan selalu mendesak dan menyuruh aku untuk buat perkara ini.. baru aku dapat mengetahui dan menyedarinya bila aku dah berada kat sini.. aku pasti dan yakin bahawa semua yang berlaku ini ada hikmah di sebaliknya.. suatu hari nanti mata sendiri yang akan melihat kebenaran itu.. :)