Welcome To My Pot Pet Pot Pet # D'La Isran # Biru Itu Indah

Pengikut Setia Ku

Sabtu, 14 September 2013

Cheesy Wedges

Assalamualaikum cinta..

Hari ni teringin nak makan cheesy wedges.. tapi area sini takda kfc.. tetiba pula terfikir nak buat sendiri.. so aku pun google.. lepas tulis bahan2x yang diperlukan.. aku pun turun ke bawah untuk membeli belah.. kah3x..
ni laa bahan2x yang di perlukan.. :D

Sebenarnya kurang satu bahan iaitu susu.. aku salah beli.. aku beli susu tin pekat manis.. rupanya nak susu yg segar dari ladang.. aku pun pergi laa cari lembu.. keh3x.. tipu je.. aku pun berfikir kejap.. nak guna je susu tin tuh ka atau turun balik ke bawah beli susu lain.. first tuh rasa macam dah putus asa.. rasa mcm nak guna je susu tin tuh.. tapi risau juga nanti rasa lain dah dari yang lain.. nanti sia2x usaha ku ini.. hehe.. so sebelum menyesal,, aku pun turun laa kali yang kedua semata2x nak beli susu segar menyegar tuh.. aku beli susu dutch lady ja.. ok.. lepas tuh aku pun mulakan laa aktiviti memproses sos cheesy wedges.. semua bahan dah ada.. tinggal main masukkan ja dalam kuali.. berpeluh2x juga time masak tuh.. sebab ni laa first time aku try masak sendiri melalui sumber dari google.. rasa best sangat.. and aku yakin aku boleh hidup berdikari.. yeaahh.. :D masa rasa tuh macam rasa lain ja.. sebab terlebih serbuk cili.. keh3x.. so aku baca balik.. rupanya yg kurang cheesedale.. aku letak dua keping je.. hehe.. kedekut sangat.. lepas rasa and rasanya tidak memuaskan hati.. aku pun tambah dua keping cheesedale lagi.. lepas gaul gaul dan gaul.. alhmdulillah siap.. and rasa tuh.. hmm boleh laa persis2x rasa di kfc tapi pedas sikit mybe sebab terlebih serbuk cili.. kwang3x.. tak pe laa kan.. cubaan pertama.. tahniah KPAKK (heee sempat lagi) congrates laa untuk diri sendiri sebab dapat lakukan dengan jayanya.. jyeaahh.. :D

haaa tuhhh diaaaa... hahaha..

Amboiiii gelak besar nampak.. itu namanya gelak puas hati.. puas hati sebab dapat buat sendiri.. time masak2x begini,, ada pula sorang cina icak ni memerhati dari jauh.. sudah laa aku sorang2x kat rumah,, boleh pula dia tengok macam tuh.. adooiii seraaammm.. nasib laa dia tengok kejap ja and lepas tuh dia blaaa..  kalau tak confirm aku bagi dia rasa sikit cheesy wedges ni.. hehehe.. ok  lihat gambar di bawah.. 
ini laa hasilnya... ^ ^

taaaadaaaa... amacam??? :D

Takda juri tukang nilai.. so aku nilai laa sendiri.. macam 5 rencah 5 rasa tuh.. dia masak,, dia juga yang rasa sendiri.. and setiap kali itu juga laa dia mesti cakap masakannya sedap.. so aku pun nak cakap juga laa.. memang sedappp.. jyeaahh.. walaupun tak sesedap cheesy wedges kat kfc tuh,, tapi habis dan bersih berseri  juga pinggan tuh aku kerjakan.. :DDD (senyum lebar gitu) aku makan sorang2x sebab tak da kawan kat rumah ni.. kalau ada kawan kan best.. boleh masak ramai2x dan boleh makan ramai2x.. huhu.. aisshh touching pula.. time buat ni terus teringat org sandakan.. diorang pun suka gila makan cheesy wedges ni.. setiap kali makan kat kfc,, tak sah kalau tak beli cheesy wedges ni.. insyaAllah nanti aku balik sana,, aku buatkan untuk diorang.. :)

Ok kalau siapa2x nak cuba buat sendiri kat rumah klik sini dan ini... aku pun rujuk kat blog diorang.. kalau tak,, cnfrm tak jadi.. hehe..ok itu je untuk kali ni.. next time aku akan cuba masak yang lain pula.. insyaAllah..

4 ulasan:

ArifahLee's berkata...

Untungla, boleh makan cizi wejes :)

D'La Isran berkata...

hehe.. :D

obat wasir alami berkata...

sob kunjungi blogku y.
jangan lupa mampir balik ya

obat wasir alami berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.