Welcome To My Pot Pet Pot Pet # D'La Isran # Biru Itu Indah

Pengikut Setia Ku

Rabu, 13 Ogos 2014

Raya 2014 ヅ

Assalamualaikum.. 

Selamat kemalaman kamurang.. rasanya hari ni dah masuk raya ke 17 dah.. RASANYA LAH.. tak pasti sebab memori dah longgar sikit.. nak cerita balik laa pasal raya pertama sampai laa raya ke lima.. first tuh tak terfikir pun nak update pasal raya sebab tak beraya dengan keluarga kat kampung.. sob sob.. sebab tuh takda feeling nak update raya.. tapi bila rasa sendiri beraya tuh, tetiba ada aura yg muncul dalam diri sehingga laa mampu aku katakan raya tahun ni ialah raya yang PALING BEST.. masa puasa hari tuh macam nak tak nak jak ke Perak sebab tak da langsung feel nak beraya ni.. orang lain beraya sakan dengan keluarga kat kampung, aku pulak terpaksa beraya kat tempat orang.. tak ke sentap macam tuh?? ish3.. first ahad tuh aku dengan cazen bertolak ke Perak sebab memang dijanjikan hari itu kami kena ke sana.. klu bukan tiket dah beli, berkemungkinan besar aku cancel kan nak balik raya kat sana.. sebabnya cuma satu "LANGSUNG TAK ADA FEELING NAK BERAYA" aku ulang untuk entah yang keberapa kali.. kitaorang kena pergi terus ke Taiping Perak tempat mak mentua abang sepupu aku sebab diorang dah ada kat sana.. sebelum ni memang aku pernah pergi Manjung Perak jak.. itupun rumah abang sepupu.. pernah jugak sekali masa aku kat Manjung aku jumpa dengan keluarga mak mentua abang aku.. sekali jak.. mesti ada malu kan.. so masa first sampai rumah tuh memang "krik krik"..malu  gilaaa.. masa buka puasa tuh lagi kekok sebab diorang semua ada kat luar.. nasib ada c eka dengan abang nik iaitu abang sepupu ku itu, klu tidak mungkin dah nangis sebab malu.. -.- 

           Lepas tuh masuk laa bulan syawal iaitu first eid.. fuhhh meriah benor.. terpaksa duduk kat luar lepas tuh tayang muka dengan senyuman entah ikhlas ke tak.. ehh eh ehhh.. ikhlas ba pulak.. masa tuh rasa nak putus urat sebab senyum jak disebabkan keluarga diorang memang masa tuh tak putus2 datang dan sesiapa yang datang tuh mesti aku dengan c eka akan dikenalkan seperti orang yang penting sahaja gayanya.. ceewahhhh.. raya pertama kitaorang jalan2 beraya pergi rumah kawan abang sepupu.. entah berapa rumah aku tak ingat dah..
*tuh dia posing entah apa2.. -.-"






*masa ni sesi bersalam-salaman.. tengok senyuman tuh ikhlas kan.. sapa kata tak ikhlas DOSA.. :P


Raya kedua kami tak pergi beraya.. kami pergi kenduri kahwin.. bukan kahwin lagi.. baru nak meminang.. jauh jugak laa.. sampai bedengkur dalam kereta.. ish3.. buat malu jak.. tapi masa ni yang bestnya kami pergi ramai2.. dalam 5 buah kereta begitu.. semua gerak sama2.. memang best.. bila berhenti kat trafiic light, bergurau senda, bercanda ria.. memang best.. balik dari tempat orang kahwin tuh, ada jugak laa singgah beraya kat kawasan situ jugak.. best sebab habis rumah orang tuh diserbuh.. nak tengok berapa ramai yang menyerbuh.. kau tengok laa gambar kat bawah ni.. -_-
*biar aku kenalkan sikit2 erkk.. okey yang pakai baju kurung hijau tudung kelabu sebelah baju kurung biru tuh.. itulah mak mentua abang sepupu ku.. anak2 saudaranya panggil #makdak.. anak dia yang sebelah kiri pakai baju warna kuning depan aku tuh yang ada budak kecik tuh.. itu lah kak Ira.. kakak ipar kami.. dia anak bongsu dari tiga beradik.. kakak dia yang pakai tudung pink tuh sebelah lelaki baju hitam dan sebelah makcik tudung hitam tuh.. yang kat tengah2 tuh.. haa dia laa.. nama dia kak Sarah.. belum kahwin.. pensyarah tuh.. abang kak Ira pulak yang tuhhhh yang kat belakang tuhhh.. sebelah pakcik baju oren.. haa dia yang pakai baju biru tuh.. nama dia abang Wan.. pun belum kahwin jugak.. ehem2.. oke.. kirannya ipar abang sepupuku ni ada 2 orang je laa.. diorang kak Ira tiga beradik jak.. oke #makteh pulak yang baju merah2 tuh pakai tudung warna hitam.. haa tuh #makteh yang tinggal kat Ipoh.. anak dia yang kat belakang tuh.. yang belakang kak Sarah tuh.. nampak tak dua orang perempuan.. cuba tengok betul2.. kembar tuh.. nama #Qiela dan #Eka.. aku pernah silap dengar.. masa syok2 atas katil.. aku dengar mak mentua abang aku panggil #Qiela dan #Eka.. aku dengar masa tuh #Dila dan #Eka.. dah laa masa tuh c #Eka sepupu aku ni tengah syok tidur.. masa kena panggil tuh.. masa tuh diorang kat dapur.. punya main laju aku terjun katil.. tapi rupanya bukan kami kena panggil.. c kembar yang kena panggil.. Maluuuuuu.. -_- yang tudung hitam tuh #Qiela dan yang tudung hijau tuh #Eka.. yang nak kahwin hujung bulan ni #Qiela.. ada lagi anak #makteh lelaki dua orang.. satu tuhh ensemm.. cehhh sempat lagik.. tapi masa tuh tengah ambil gambar.. so sabar laa.. korang tak nampak.. oke nampak tak makcik yang tengah angkat tangan tuh.. yang angkat tangan tinggi2 tuh.. masa tuh dia tengah cakap "MERDEKA" hahaha.. takda laa gurau jak.. haa nama dia #maksu.. mybe yg paling bungsu.. anak dia yang sama baju dengan dia laa.. yang caler oren semua tuh.. termasuk laa laki dia yang kat belakang tuh.. haa ni aku nak cerita sikit.. antara ramai2 yang aku pernah pergi rumah diorang.. rumah #maksu laa paling menang.. pergghhh cantik gilakk rumah dia.. calerful dalam rumah dia.. design pun cantik.. and yang akhir sekali yang kat hujung tuh sebelah kak Ira tuh nama dia #maktam.. depan rumah mama mentua abang ku jak rumah diorang.. anaknya yang sebelah kak Ira yang pakai tudung merah tuh.. Fatin nama dia.. hmm rasanya tuh jak laa kot aku nak kenalkan.. :)



*Haaa... tadaaa.. amacam.. ramai kan.. tuh belum masuk lagi tukang ambik gambar kat depan tuh.. entah berapa ramai yang ambi gambar.. memang best masa ni.. takkan ku lupakan sampai bila2.. masa ni dah nak gerak balik Taiping.. :(

Oke,, raya ketiga pulak, kami just jalan2 kat Taiping jak.. rumah keluarga mak mentua abang sepupu, rumah kawan abang sepupu, jiran diorang.. memang best.. tapi just kami jak laa.. tak da ramai2..
*ni laa antara gambar sempat dirakamkan.. ewahhh ayat skema.. :D

raya keempat yang best.. sebab apa??? kitaorang pergi IPOH.. tempat adik beradik mak mentua abang sepupu iaitu #makteh.. jauh jugak laa.. and kali kedua berdengkur dalam kereta.. kah3.. masa ni best sebab jalan ramai2 jugak.. dalam 3 buah kereta jugak laa..
*muka mengantuk tuh sebab lama sangat dalam kereta.. yang kat sebelah sana yg pakai tudung tuh nama dia Fatin.. mcm kitaorang jugak.. masih study di Terengganu.. best dapat kenal dengan diorang ni.. hmm rindu... :(

raya keempat tuh kami ada jalan2 beraya jugak.. pun rumah kawan abang sepupu di Ipoh.. Jumaat tuh bersamaan dengan raya kelima kami balik semula ke Taipimg.. dan malam tuh dapat jalan kejap jak.. keesokannya bersamaan raya keenam iaitu hari sabtu, kitaorang di bawa jalan2 sekitar Taiping sebab petang tuh dah nak balik KL.. sob sob.. macam singkat jak masa.. memang tak puas lagi..

*ni masa kitaorang jalan2 malam tuh.. sempat lagi pergi Dataran Taiping and funfair..  best sangat.. tak terluah rasanya..



*Dan yang ini masa hari terakhir jalan hari sabtu tuh.. kitaorang pergi Taman Tasik Taiping, Bukit Larut, Zoo and banyak lagi sebenarnya.. malas dah nak turun bergambar.. hehehe.. memang best.. :D :D :D

Pertama sebab tak ada feeling langsung nak beraya jadi terus berfeeling2.. maksudnya kat sini, menyesal sebab terus buat tak suka sebelum nak cuba dulu.. Alhamdulillah.. bila dapat kenal dengan keluarga diorang yang baik, peramah dan tak sombong buat aku selesa.. malu memang tetap malu, tapi diorang tetap buat kami duduk kat sana tak rasa janggal.. antara semua kenangan yang aku rasa paling best masa pergi tempat kahwin and masa pergi Ipoh tuh.. masa tuh memang best... SUMPAH best gilerrrr.. mybe sebab ramai2 kot.. alhamdulillah laa tahun ni aku diberi kesempatan merasa raya yang cukup indah dan manis.. tahun lepas beraya kat hostel jak.. tak da feeling langsung.. tapi tahun ni.. alhamdulillah.. aku dikenalkan dengan keluarga kak ira.. #makdak, #maktam #makteh #maksu.. ada lagi sebenarnya adik beradik diorang tapi tak ingat dan tak berkesempatan nak jumpa.. best.. sangat best.. kenangan yang takkan ku lupakan sampai bila2.. in syaa Allah hujung bulan ni nak datang lagi kat sana sebab dah kena jemput kahwin.. kembar nak kahwin.. :) ;)

Sekian Raya 2014.. Best Moment.. I will miss it.. :)