Welcome To My Pot Pet Pot Pet # D'La Isran # Biru Itu Indah

Pengikut Setia Ku

Sabtu, 20 Disember 2014

Dugaan Oh Dugaan

Assalamualaikum..

Hai semua.. lagi buat apa tuh? takde kerja lain ke nak skodeng-skodeng blog orang ni.. suka suki je kau menceroboh masuk and baca apa yang aku tulis ni.. langsung tak minta izin dulu.. tak baik tau.. hehehe.. peace.. jangan laa buat muka macam tuh.. cerr senyum sikit.. ehh taknak senyum pulak.. takpe laa.. gurau je tadi tuh.. takkan laa nak baca blog kena minta izin pulak.. ye dok? (tahu takpe) -_- hokeyyy laa.. nak cerita sikit.. pengalaman2 terindah yang aku alami selama aku berada di negeri orang ni.. selama ni aku memegang status masih belajar.. dan status tuh masi ku pegang sehingga sekarang.. sebab tuh kot apa yang berlaku kat aku sebelum2 ni aku anggap sebagai dugaan.. sebabnya?? sebabnya aku masi bergelar student.. masi tak mampu nak handle perkara ni dengan baik.. lain laa kalau aku dah kerja or dah duduk dekat dengan family aku.. mybe tuh boleh aku handle dengan baik.. ekceli begini cerita dia.. masa 10 Jun 2014 yang lalu (ceeehhh wahh), aku telah kehilangan barang yang aku sayang iaitu Hp aku.. masa kejadian tuh malas laa nak cerita nanti orang buat jadi cerita novel pulakk (LOL).. so selepas kejadian tuh, aku pun pakai hp "pink" iaitu hp samsung corby aku tuh.. saja aku gelarkan dia si pink sebab caler dia warna pink.. anda semua sedia maklum kan macam mana rupa samsung corby tuh? kepada pengguna samsung corby mesti rasa apa yang aku rasa.. boring gilaakkkk guna hp tuh.. sebab dia takde "function android".. dia hp biasa2 je..  just boleh call and mesej.. buka fb and tengok youtube tuh boleh jugak cuma memerlukan kesabaran yang tinggi.. :) so pada yang ingin membeli hp baru, disyorkan jangan beli hp tersebut walaupun harga sehinggit sahaja.. niat dihati bukan nak merendah-rendahkan hp tersebut cuma aku risau orang yang menggunakan hp tuh akan baling hp tuh sekuat hati.. kesian pulak kat hp tuh.. ye dok.. sebab macam tuh laa yang aku rasa selama menjadi pengguna hp tuh.. ~_~ tapi nasib baik sikit laa sebab aku ada laptop kesayangan aku ni.. aku boleh tengok wayang kat laptop ni.. aku boleh buka fb kat laptop ni.. TAPI, sekali lagi diri ni di uji pada tarikh 07 Julai 2014 bila "punca menghilangkan boringku" ini rosak.. sebabb rosak nak tahu tak?? Sila Lihat Kat Sini :D .. so masa tuh lagi laa teruk.. dah laa hp boring.. laptop rosak.. makin menjadi2 boring yang ku alami.. dalam masa 61 hari aku guna hp "pink" tuh.. lama jugak kan.. 2 bulan lebih kot.. sampai laa tarikh 07 September 2014, aku dapat beli Hp baru.. ekceli aku ada satu lagi hp.. aku beli selang berapa hari aku beli hp aku yang hilang tuh.. tapi tak sampai seminggu aku guna hp yang baru aku beli tuh rosak dan terpaska hantar kedai.. disebabkan hantar kedai dan masa tuh aku memang tak lama lagi balik KL, so aku tak dapat la bawa hp tuh.. so nampak di situ.. adakah itu dikategorikan sebagai MALANG??? so aku dapat hilangkan boring aku bila aku ada hp baru ni.. pada tarikh 21 November 2014 pulak, hp "pink" ku menemui ajalnya.. kawan pinjam then dia kata tiba2 mati.. bila on balik, tak boleh dah.. dia asyik hidup mati hidup mati.. nak buat macam mana kan.. lagipun masa tuh aku tak risau sangat sebab aku dah ada hp baru ni.. aku tak boring jugak walaupun tanpa keberadaan si "pink" tersebut.. pada malam mangkatnya si "pink" itu, aku call mama ku.. aku cakap laa hp rosak.. mama aku ingatkan hp yang baru aku beli.. mama aku terus diam.. aku tahu dia mesti marah.. dia mesti sedih.. dia mesti kecewa.. sebab anak dia ni tak pandai jaga barang.. tapi aku cepat2 bagitau yang rosak tuh hp aku yang lama tuh iaitu si "pink".. mama aku pun aku dengar lega sikit.. mama aku terus pesan masa tuh, jaga elok2 hp baru tuh.. hmmm!!! malang sekali lagi bila tarikh 11 Disember 2014 baru2 ini hp yang baru ni rosak.. aku terhempas.. nak tahu macam mana boleh terhempas??? Sila Lihat Kat Sini :D .. sob sob.. tak tahu laa aku apa nak jadi dengan diri ni.. that's why aku kata adakah ini dugaan or memang aku yang cuai sendiri?? hmmm!! pada tarikh 12 Disember 2014, tarikh sehari selepas hp aku terhempas tuh aku beli hp baru lagi.. WHAT hp BARU?? yes hp baru.. kenapa terkejut.. aku pun terkejut sama.. tapi aku ada sebab ye kenapa aku beli hp baru.. sebab pertama aku dah jelaja beberapa kedai hp untuk repair skrin hp aku yang pecah tuh tapi harga dia.. boleh beli hp macam hp yang pecah tuh sebiji.. dari aku repair baik aku beli yang baru ye dok? tapi buat masa ni aku takde lagi duit nak beli hp macam tuh.. aku beli hp baru ni yang biasa2 je TAPI bukan macam si "pink" tuh okey.. yang ni lagi better then that.. sebab function android.. in shaa Allah ada rezeki nanti aku repair laa hp aku tuh.. so di sini aku nak rumuskan laa bahawasanya diri ni cuai.. memang dari dulu lagi kot aku cuai.. masa aku form 1 dulu (masa ni laa first2 dapat hp) itupun hp nokia tre tet tet tuh.. aku ingat lagi hp tuh jatuh dalam air and terus KONG.. kali kedua macik hadiakan hp sempena befday aku entah yang keberapa tapi masa kat sekolah menengah laa jugak (pun nokia jugak cuma better sikit sebab ada camera) yang ni pulak tak rosak sampai sekarang ada cuma tempat letak memori kad tuh je yang ada problem sikit.. hp tuh sampai sekarang ada dan masih bernafas dengan baik.. Alhamdulillah.. :) ketiga my daddy belikan hp lagi.. hp touch.. masa ni pun hp tuh mendapat nasib yang sama bila berada dalam jagaan ku.. masa keluar jenjalan dengan family, aku terduduk hp tuh yang pada ketika itu dia berada di dalam kocek seluar aku.. bila dengar "krekk" aku dah tahu mesti pecah.. biasa laa hp touch kan.. tapi dia pecah skrin kat luar je.. masi boleh guna sebab dia ada keypad.. haa itu laa antara kecuaian-kecuaian yang pernah terjadi kat aku.. mungkin aku ni memang tak boleh simpan barang2 macam tuh lama sikit.. mungkin memang aku ni tak pandai jaga barang sendiri.. tak tahu lepas ni yang mana jadi mangsa aku yang seterusnya.. aku berharap sangat hp yang baru tuh, itu yang terakhir.. aku berharap sangat lepas ni takde lagi yang akan rosak macam tuh.. aku harap sangat2.. okey laa.. itu je kot untuk kali ni.. gudnite semua.. 


                                                          Sekian :)

Isnin, 15 Disember 2014

Curi-curi Cinta

Assalamualaikum..

Malam ni nak share sinopsis novel curi-curi cinta by Siti Rosmizah.. best citer dia.. sedih ada lawak pun ada.. :D
                      
 
                                       HASIL KARYA SITI ROSMIZAH :)

 "Kalau dah susah sangat, hantar aje rumah orang tua! Lagipun bila adik kahwin nanti suami adik tu mestilah orang kaya jangan haraplah adik nak kahwin dengan orang miskin. Orang kaya nak ke terima mak mentua macam tu? Abang Is, doa ajelah setiap hari biar Tuhan panjangkan umur Abang Is. Kalau boleh biar mak yang mati dulu dari Abang Is. Jalankan tanggungjawab dulu jangan senang aje nak lepaskan beban kat orang lain!"

Ya Allah! Terkedu Iskandar mendengarnya. Kenapa perangai adiknya sampai sebegitu rupa? Biadap! Kurang ajar! Sombong! Itulah Intan Raihana. Buang emak, buang saudara, dan kerana duit dia sanggup lakukan apa saja. Perancangan diatur. Daniel Hakim harus menjadi miliknya!

"Hei! Kalaulah niat awak nak tackle saya, sebab berangan nak jadi bini orang kaya. Mulai hari ni! Detik ni! Awak campak terus niat awak tu! Sebab saya akan pastikan, sampai saya mati pun awak tak akan jadi isteri saya!" Itu kata Daniel pada Intan. Namun perancangan Tuhan tiada siapa boleh menghalangnya.

"Saya akan bertanggungjawab, Is. Saya akan bernikah dengan Intan. Itu janji saya." Tegas jawapan Daniel. Namun jelas kelukaan pada setiap patah katanya. Dendam Daniel berlingkar di hati. Janjinya! Intan Raihana akan memamah segala perbuatannya nanti!

"Kau ingat aku akan percaya lagi cerita bohong kau tu! Aku tau kau dah terdesak nak ikat aku! Kau goda aku! Kau buat aku jatuh cinta dengan kau dan akhirnya aku tersungkur di kaki kau! Aku akui memang aku dah cintakan kau! Tapi dengan apa yang kau dah buat dekat aku! Mulai saat ini, cinta aku dah mati buat kau! Aku tak akan terima anak tu! Sebab perempuan macam kau bukan saja tak layak jadi bini aku! Tapi kau juga tak layak nak jadi ibu kepada anak aku! Aku tak nak anak aku lahir dari rahim perempuan macam kau! Hambur Daniel sepuas hatinya.

Ya Allah! Luluh hati Intan mendengarnya. Kejamnya lelaki ini? Tanpa dapat dikawal air mata menitis tanpa henti.

"Adik tahu memang manusia tu tak sempurna mak. Sebab adik pun pernah buat kesilapan yang cukup besar dalam hidup adik. Adik kecewakan mak, adik kecewakan Abang Is. Tapi akhirnya adik berubah mak. Dia janji nak mulakan hidup baru dengan adik. Tapi mana janji dia mak? Dia campak adik macam kucing kurap! Adik benci dia mak! Adik benci dia! Dia tak layak jadi suami adik! Lelaki ini dah mati dalam hidup adik!

Kini Daniel Hakim memamah perbuatannya pula. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata inilah padanya! Curi-curi cinta, hanya itu yang mampu dilakukannya. Hati Intan telah mati buatnya! Berdoalah moga cinta Intan Raihana akan menjadi miliknya jua...

So korang kalau nak tahu citer dia lebih lanjut, pegi beli cepat2.. best citer dia.. aku pun ada cita2 juga nak buat novel sendiri.. tapi tak ada idea lagi.. In syaa Allah ada rezeki dapat jugak tuh.. 

                                                   Sekian :)

Sabtu, 13 Disember 2014

Cuai!!!

Assalamualaikum..

Hai semua.. Waktu-waktu macam ni memang sesuai nak luahkan perasaan. Nak luah dengan orang, tak tahu nak luah kat siapa.. baik luah kat sini.. syok sendiri pun takpa yang penting hati lega.. Kecewa, sakit hati, sedih!!! Semua tuh dah bercampur baur.. Kecewa dengan diri sendiri.. Apasal laa cuai sangat.. Rasa nak hempuk kepala sendiri.. Tapi kalau hempuk yang rasa sakit diri sendiri jugak.. Lagipun hempuk laa sekuat mana sampai pecah berderai sekalipun, hal yang dah jadi tetap jadi.. dan memang tak boleh nak undur balik. Okey apa sebenarnya dah jadi ni???!!! Nak cakap pun susah sebenarnya tapi tetap nak cakap jugak agar suatu hari nanti diri ni.. DIRI INI tidak CUAI lagi.. eeee geramnya!!! okey macam ni.. hp kesayangan aku terhempas.. habis pecah skrin dalam.. dah laa aku ni orang susah.. dapat lagi malang macam ni.. tak tahu dah nak kata apa.. aku pun hairan juga dengan diri sendiri ni.. macam tak pandai jaga barang langsung.. harituh laptop skrin pecah baru je tak sampai sebulan aku repair.. tiba bertarikhkan 11/12/2014 tuh aku terpaksa pikir lagi cara nak repair hp ni.. Ya ALLAH tak tahu dah nak kata apa.. benda dah jadi terpaksa diamkan diri.. yeke diamkan diri.. dalam hati sapa tahu.. aku tak tahu macam mana nak cakap kat parent aku.. plan aku memang tak nak bagitau diorang.. masa aku kat kl belajar ni, macam2 benda yang menimpa aku.. aku tak boleh nak sangkal juga, mungkin ini antara ujian aku semasa jauh dari keluarga ni.. tapi bila melibatkan benda begini balik-balik berlaku, ujian lagi ke macam tuh.. Rasanya boleh dilabelkan sebagai CUAI.. yesss!! CUAI memang sesuai sangat.. First hari tuh hp hilang.. okey fine!! Masa tuh sedih gila jugak laa.. tapi nasib masa tuh ada hp satu lagi.. jadi takda masalah nak berhubung dengan keluarga tersayang di sandakan.. lagipun ada laptop sendiri.. bila boring boleh buka laptop, tengok running man terutamanya.. then malang tak berbau, sekali lagi diri ini diuji.. Entah macam mana, hari tuh tergerak hati nak bawa laptop gi kelas.. Bila balik plan cantik sangat nak tengok running man.. tapi sebaliknya berlaku.. bila buka jak laptop, laptop dah tersenyum-senyum seindah suria.. rupanya skrin dalam dah pecah.. okey yang ada masa tuh cuma hp yang tak ada android yang boleh buat call and massage je.. boleh jugak laa tengok youtube tapi dalam masa yang sama memerlukan kesabaran yang tinggi.. Masa tuh memang boring gilak.. berbulan jugak laa terpaksa menahan rasa boring tuh.. asyik layan novel je masa tuh.. Alhamdulillah dimurahkan rezeki, mama bagi duit suruh beli hp.. yess!! aku pun beli hp ASUS.. baru 3 bulan pakai dah hancur dek kecuaian diri sendiri.. kalau anda ditempat saya sekarang apa yang anda rasa?? kalau orang yang senang tuh mungkin boleh cakap laa.. "alah setakat masalah macam tuh dah nak rak bagai.. celah gigi je tuh" tapi masalahnya sekarang diri ni orang susah.. belajar lagi.. jauh dari keluarga lagi.. so boleh lagi kah aku buat tak endah dengan apa yang jadi ni.. malu kot dengan parent aku.. banjir jugak laa dek air mata semalam bila bagitau parent aku.. dari suara memang laa diorang tak tunjukkan diorang marah, tapi aku tahu diorang kecewa sangat dengan aku.. duit ptptn yang banyak baru-baru ni dapat pun kejap je habis.. macam angin lalu je.. mana tak habisnya,, bila dapat musibah macam ni aku terpaksa beli hp baru.. kenapa?? sebab aku dah pergi merata-rata kedai hp untuk repair balik hp aku yang pecah ni tapi takda satu kedai pun yang bagi repair murah.. semuanya mahal-mahal belaka sebab keluaran hp ni kan baru.. so susah nak cari skrin tuh lagi.. kalau nak reapir pun, harga dah setanding dengan harga nak beli hp baru.. daripada bagi repair hp tuh, baik beli baru.. ye dokk? sama juga ceritanya.. harga lebih kurang je... memandangkan sekarang ni aku takde hp.. hp yng satu tuh dah rosak.. ni lagi satu tak tahu macam mana boleh rosak.. orang-orang yang berkenaan juga tidak mahu bertanggungjawab.. lepas tangan macam tuh je.. so takpa laa.. u play drama u get karma.. awak buat kat orang hari ni macam ni, suatu hari nanti awak akan dapat balik apa yang awak dah buat tuh kat diri awak sendiri.. bezanya cuma cepat atau lambat.. :) so disebabkan hp tuh dah rosak, aku nak pakai apa? nak pinjam hp orang lagi laa aku taknak.. pinjam hp orang ni bukan senang.. bukan je hp malah barang apa sekalipun.. nampak je luaran orang tuh tak kisah barang dia di pinjam.. tapi dalam hati?? lu pikir laa sendiri.. macam tuh jugak aku.. aku tak suka barang yang aku sayang senang-senang orang nak pakai.. so disebabakan itu aku terpaksa beli hp baru.. ekceli hp ku yang dah pecah ni ada warranty lagi.. tapi yang menjadi masalah sekarang ni ialah, aku sekarang kat selangor, yang kedai tempat aku beli hp ni pula kat perak.. aduhhh.. nasib baik ada abang saudara kat sana.. mungkin aku akan post je hp ni kat sana.. harap-harap dapat repair.. So peringatan pada diri sendiri.. JANGAN CUAI.. walaupun pedih, sakit aku terima.. aku redha.. mungkin ada hikmah disebaliknya.. takpa aku terima keadaan aku sekarang ni.. Allah tak akan menguji jika hambanya tak mampu lalui.. ye dok?? ok laa.. tuh je laa kot untuk hari ini, kali ini dan juga mungkin untuk bulan ni,, yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari diri sendiri ini juga.. :) 

                                                                        Sekian.. ^_^



Ahad, 7 Disember 2014

Alhamdulillah ^_^

Assalamualaikum..

Hai u all.. nak cerita sikit ni.. izinkan diri ini memulakan cerita yang begitu menghayat hati.. plzz sediakan tisu masing-masing.. takut orang lain nampak kau tengah nangis.. nanti tak pasal-pasal di kata mat@minah jiwang pulak.. :D okey laa.. sekarang ni tengah update blog kat laptop aku sendiri.. laptop baru ke?? kan laptop hari tuh dah rosak?? so ni mesti laptop baru.. an an an.. haha.. tak laa.. ni laptop yang rosak tuh laa.. Alhamdulillah, dah okey dah.. okey aku nak cerita laa ni mcm mana boleh okey.. 25 bulan 11 baru-baru ni kitaorang dah dapat ptptn.. yeahhhh..!!! dah semestinya laa enjoy berabis an an an.. tunggu pt tuh bukan main lama lagik.. tapi bila dah dapat pt tuh.. tak sampai sebulan dah habis.. adoyy hampeh.. so dijadikan cerita laa.. masa dapat pt hari tuh, hari khamis kami memang takde kelas.. so kitaorang pun plan nak jalan-jalan g times square.. jalan punya jalan.. ternampak pulak kedai handphone.. saja singah nak tengok-tengok.. masa tengok-tengok tuh ternampak kedai laptop.. kitaorang pun singgah sana.. masa tuh terfikir pulak nak tanya berapa harga laptop kalau nak repair.. bila dah jelaskan dengan orang kedai tuh, dia kata kalau nak repair dalam 100ringgit mcm tuh.. aku pun terkejut jugak.. ekceli masa dpt pt tuh, aku memang nak repair kat lecturer ku je.. repair kat dia dalam 350.. perggghh jauh beza kot.. so aku plan laa nak g times square sabtu tuh.. tapi memandangkan kelas takde jumaat tuh,, aku pegi laa jumaat tuh bawa laptop aku ni.. tapi masa sampai kat sana dia kata nak repair laptop aku tuh kena bayar 200ringgit.. lantak laa.. bayar jela.. yg penting laptop aku boleh guna semula.. tapi yang sedihnya video and gambar-gambar yang lain dah kena buang sebab aku format laptop aku.. dah berat sangat kan.. okey tuh je laa kot.. sabtu tuh pula kami pergi lagi perpustakaan negara.. sakit kaki tuh tak payah cakap laa.. perit sangat dohh.. k laa.. tuh je untuk kali ne.. see u went i see u.. 

Sekian :)