Welcome To My Pot Pet Pot Pet # D'La Isran # Biru Itu Indah

Pengikut Setia Ku

Isnin, 16 September 2013

Teman

Assalamualaikum cinta...

Hari ni dah masuk 11 hari kami bercuti.. housemate semua mesti tengah menikmati saat2x akhir bercuti ni.. tak lama lagi cuti habis.. kembali laa mereka2x itu semula ke rumah ini.. mesti best bercuti kan?? haissh siapa yang tak rasa best.. dapat balik kampung kot.. duduk dengan family.. mesti laa best.. aku?? hmm tak payah cakap laa.. buang masa..!! :/ selalunya paling malas laa bab2x update blog ni.. (ye ke??) ok.. mesti tak percaya sebab akhir2x ni aku rajin update blog.. aku mengaku.. -.-' memang sejak dua tiga empat lima menjak ni aku rajin sikit dan banyak update blog SEBAB faktor kebosanan dan disebakan cuti ni sangat membosankan diriku.. maka dengan itu,, aku rajin2x kan laa diri ini untuk update blog selalu agar dapat mengeratkan hubungan ku sama blog ni.. nanti dia kecik hati pula sebab tak dihiraukan.. keh3x..

tak kenal maka tak kenal laa.. :D

Nak kenal juga? kan hari tu dah bagi kenal.. eh lupa pula.. masa tuh tak cukup 11 orang.. ok laa.. aku kenalkan.. dari kiri.. nama dia Nur Fatihah,, pnggil Tyha merangkap ketua rumah kami.. kedua tuh Kaswahzikah,, panggil Eka atau lebih dikenali sebagai (Siew Ling) merangkap hal ehwal kanak2x.. ketiga tuh Siti Sapura,, panggil Pura merangkap hal ehwal dalam rumah.. kelima itu Siti Noradilah iaitu aku laa tuh.. alaa panggil Dila ja.. ok add FB aku ni D'La Isran and follow Twitter aku ni @DLaIsran.. hehehe.. sempat lagi promote.. haa aku tak ada rangkap apa2x.. rangkap dalam pantun ada.. pantun dua kerat je ok.. 

Masa jalan2x nak ke sana nak ke sini,,
alaa saja2x ja ni...

Errr.. betul ke tuh?? ok seterusnya tuh nama dia Maslina,, panggil Kina merangkap setiausaha Gombak.. ok seterusnya.. nama dia Ariulagi panggil Ari merangkap menteri dalam negeri.. yang ke sebelahnya (ayat baru) itu pula namanya Nur Farahin Binti..?? ehhh tak payah laa.. panggil dia Farah merangkap pengusaha Mydin.. Seterusnya pula namanya Norizam.. panggil dia zam2x alaaa ka zam.. hehe.. pnggil dia Nori merangkap ketua puteri islam.. :P ok yang next tuh atau lebih dikenali sebelah tudung oren tuh nama dia Nurul Syahiera,, panggil Ira merangkap ketua keselamatan daerah Johor.. ok seterusnya yang duduk tuh.. ehh ada dua orang pula duduk.. ok yang peace tuh.. eh dua2x pula ada peace.. ok laa duduk sambil peace nampak gigi.. eh dua2x nampak gigi.. ok laa yang pakai tudung hitam tuh nama dia Raudatul Janah,, panggil Janah merangkap kepada isteri ketua polis di raja Malaysia tahan tumpahnya darah ku.. dan yang akhir itu namanya Norfaridah,, panggil Faridah merangkap laksamana hang percaya hang bodoh.. hehehe.. ok.. dah kenal kan.. Huh!! -_-" penat den memperkenalkan para primadona2x sekalian.. semua ada jawatan tuh.. well.. biasa laa.. haa time bergambar ni time kemas2x nak balik hostel.. gambar ni masa kami kat kem BIG hari tuh.. alaa cerita pasal BIG tak terupdate.. memang banyak pengalaman.. and banyak kenangan indah.. tapi sebab x sempat nak cerita disebabkan busy dengan aktiviti kat kolej dan exam and sewaktu dengannya.. hmm rasa terharu juga sebab ni laa gambar FIRST kami sebelas berkumpul.. selalunya berdua,, bertiga berlapan.. tapi ni laa satu2xnya gambar kami lengkap satu rumah.. hmm selama berapa bulan bersama,, tipu laa kalau aku cakap kami sentiasa berganding bahu.. aku akui selama kami bersama ada juga berselisih faham.. and ada laa juga gaduh2x kecik.. namanya juga asam garam rumah tangga.. tapi kami bukan ja asam dan garam.. segala cuka, gula, kicap,, budu,, soflan,, clorox semuanya ada. kita di dunia ni kan mana ada yang sempurna.. baru2x ni pun aku gaduh dengan bestie aku sendiri.. hmm biasa laa kalau hati tengah panas.. akal fikiran akan jadi tak waras.. nasib gaduh kecik ja.. alhmdulillah lepas tuh ok.. kalau api lawan api mesti jadi berapi2x.. sebagai seorang hamba Allah yang biasa aku berharap laa lepas ni hubungan kami semua sentiasa baik.. aku tak mengharapkan agar kami tak bergaduh.. itu semua mustahil.. semua ada keras kepala sendiri.. tak mustahil kami akan bergaduh lagi.. tapi berharap laa walaupun kami bergaduh,, hubungan kami tak musnah.. persabatan kami tak putus.. aku sayang diorang macam aku sayang keluarga ku.. berharap mereka pun macam tuh.. berharap mereka dapat terima kekurangan ku seadanya.. andai satu hari nanti kami dipisahkan.. aku takkan lupakan kenangan2x kami bersama.. video yang aku rakamkan tuh.. aku takkan buang sampai bila2x.. hanya itu laa saja yg akan dapat mengubati rindu ku pada mereka bila kami ditakdirkan berpisah.. ok to my beloved friends semua.. jangan lupakan aku k.. aku tahu sepanjang kita bersama,, mustahil aku tak da kasih sakit hati kamu.. sama ada sedar ataupun tidak.. sama ada sengaja ataupun tidak.. aku minta maaf banyak2x.. plzz jangan benci aku.. aku takkan rasa tenang kalau ada orang yang benci aku.. maafkan aku k.. :) : )

oh yaa.. pasal merangkap2x di atas tuh.. harap tiada yang marah.. itu cuma gurauan semata2x.. tiada kena mengena pada yang minum ataupun yang makan.. hehe.. :D :D

sekian..

Sabtu, 14 September 2013

Cheesy Wedges

Assalamualaikum cinta..

Hari ni teringin nak makan cheesy wedges.. tapi area sini takda kfc.. tetiba pula terfikir nak buat sendiri.. so aku pun google.. lepas tulis bahan2x yang diperlukan.. aku pun turun ke bawah untuk membeli belah.. kah3x..
ni laa bahan2x yang di perlukan.. :D

Sebenarnya kurang satu bahan iaitu susu.. aku salah beli.. aku beli susu tin pekat manis.. rupanya nak susu yg segar dari ladang.. aku pun pergi laa cari lembu.. keh3x.. tipu je.. aku pun berfikir kejap.. nak guna je susu tin tuh ka atau turun balik ke bawah beli susu lain.. first tuh rasa macam dah putus asa.. rasa mcm nak guna je susu tin tuh.. tapi risau juga nanti rasa lain dah dari yang lain.. nanti sia2x usaha ku ini.. hehe.. so sebelum menyesal,, aku pun turun laa kali yang kedua semata2x nak beli susu segar menyegar tuh.. aku beli susu dutch lady ja.. ok.. lepas tuh aku pun mulakan laa aktiviti memproses sos cheesy wedges.. semua bahan dah ada.. tinggal main masukkan ja dalam kuali.. berpeluh2x juga time masak tuh.. sebab ni laa first time aku try masak sendiri melalui sumber dari google.. rasa best sangat.. and aku yakin aku boleh hidup berdikari.. yeaahh.. :D masa rasa tuh macam rasa lain ja.. sebab terlebih serbuk cili.. keh3x.. so aku baca balik.. rupanya yg kurang cheesedale.. aku letak dua keping je.. hehe.. kedekut sangat.. lepas rasa and rasanya tidak memuaskan hati.. aku pun tambah dua keping cheesedale lagi.. lepas gaul gaul dan gaul.. alhmdulillah siap.. and rasa tuh.. hmm boleh laa persis2x rasa di kfc tapi pedas sikit mybe sebab terlebih serbuk cili.. kwang3x.. tak pe laa kan.. cubaan pertama.. tahniah KPAKK (heee sempat lagi) congrates laa untuk diri sendiri sebab dapat lakukan dengan jayanya.. jyeaahh.. :D

haaa tuhhh diaaaa... hahaha..

Amboiiii gelak besar nampak.. itu namanya gelak puas hati.. puas hati sebab dapat buat sendiri.. time masak2x begini,, ada pula sorang cina icak ni memerhati dari jauh.. sudah laa aku sorang2x kat rumah,, boleh pula dia tengok macam tuh.. adooiii seraaammm.. nasib laa dia tengok kejap ja and lepas tuh dia blaaa..  kalau tak confirm aku bagi dia rasa sikit cheesy wedges ni.. hehehe.. ok  lihat gambar di bawah.. 
ini laa hasilnya... ^ ^

taaaadaaaa... amacam??? :D

Takda juri tukang nilai.. so aku nilai laa sendiri.. macam 5 rencah 5 rasa tuh.. dia masak,, dia juga yang rasa sendiri.. and setiap kali itu juga laa dia mesti cakap masakannya sedap.. so aku pun nak cakap juga laa.. memang sedappp.. jyeaahh.. walaupun tak sesedap cheesy wedges kat kfc tuh,, tapi habis dan bersih berseri  juga pinggan tuh aku kerjakan.. :DDD (senyum lebar gitu) aku makan sorang2x sebab tak da kawan kat rumah ni.. kalau ada kawan kan best.. boleh masak ramai2x dan boleh makan ramai2x.. huhu.. aisshh touching pula.. time buat ni terus teringat org sandakan.. diorang pun suka gila makan cheesy wedges ni.. setiap kali makan kat kfc,, tak sah kalau tak beli cheesy wedges ni.. insyaAllah nanti aku balik sana,, aku buatkan untuk diorang.. :)

Ok kalau siapa2x nak cuba buat sendiri kat rumah klik sini dan ini... aku pun rujuk kat blog diorang.. kalau tak,, cnfrm tak jadi.. hehe..ok itu je untuk kali ni.. next time aku akan cuba masak yang lain pula.. insyaAllah..

Jumaat, 13 September 2013

Rindu Di Kejauhan

Assalamualaikum cinta..

Rindu,, rindu,, rindu.. !!! makkk rindu... rindu nak cium pipinya.. rindu nak di cium lagi.. :( Berapa bulan dah tak cium pipinya.. berapa bulan dah tak cium tangannya.. berapa bulan dah tak duduk berbual dengannya.. rindu yg teramat sangat kat dia.. tak boleh dah nak jaga dia.. tak boleh dah nak perhatikan gerak geri dia.. teringat balik masa kat sana.. ke mana dia pergi.. mesti aku nak tahu.. macam aku pula yg ibu.. hehe.. alhmdulillah laa.. hari2x call dapat laa tahu macam mana keadaan diorang kat sana.. rindunya balik sandakan.. kalau di bagi peluang nnti balik sandakan.. aku takkan sia2xkannya.. aku akan jumpa semua orang2x yang ku sayang.. yang di tinusa tuh pula.. lama tak dengar cerita.. tertanya2x juga,, macam mana dia sekarang ni.. sejak ambil result hari tuh,, hari tuh laa hari terakhir aku nampak dia.. nak call.. terasa malu pula.. aissshh.. seksa betul kalau rindu ni.. ramai betul aku rindu.. sampai tak blh tersenarai sudah.. kalau di sebut nama satu2x cnfrm semput.. haaa semput laaaaggiii.. kalau balik sandakan jak sebenarnya tak bermakna betul bagi ku.. lebih bermakna kalau blik kg.. dengan cazen2x.. mesti bessttttttttt.. yaa Allah rindunya.. terbayang2x sudah pantai tempat nombor satu paling menarik kat kg tuh.. tempat utama yg akan kami pergi setiap kali balik kg.. tempat kami bermandi manda.. tempat kami sekeluarga berkumpul.. tempat kami main motor.. di pantai itu juga laa tempat kami semua berlumba halal.. keh3x.. dan pantai itu juga laa tempat menjadi saksi first day dating dengan ex.. tettttttt.. 0oo ya,, cakap pasal ex.. sejak akhir2x ni aku selalu ingat dia.. di fb dia jarang dah nak tegur2x aku.. bukan jarang.. langsung tak tegur pun.. grrr.. sombong.. tapi sebenarnya hubungan kami gantung.. tiada pun kata putus dari kedua2x pihak.. hmm cpel dgn yg skg ni pun sbb kecewa dgn yg dulu.. kononnya nak kasih jelez dia.. aiiishh makin aku kasih jelez,, makin aku pula yg jelez.. tak sangka pula dengan yg sekarang ni jadi serius.. padahal aku tak serius pun dengan dia.. aku anggap dia kawan ja.. 3 tahun kami kawan tak sangka tercapel pula..-_- sekarang dah tak boleh elak dah.. sekarang ni tengah berusaha nak cari alasan untuk breakk off sama dia.. tapi aku takut dia kecil hati.. banyak dah jasanya dengan aku..
haisshhh bingung otak dibuatnya.. hanya mampu merindui mereka2x semua ini terutama ibu ku dari kejauhan.. semoga kenangan2x dulu dapat diulang kembali.. miss that moments.. tak akan pernah ku lupakan sampai bila2x.. ^^

Rabu, 11 September 2013

Life Must Go On

Assalamualaikum cinta..

Hari ni dah hari keempat aku bersendiri.. bersendiri di rumah.. sendiri masak,, sendiri makan,, sendiri tidur.. bercakap sendiri.. ketawa sendiri.. tengok tv sendiri.. jalan pergi bawah pun sendiri.. blh dikatakan semua yg aku buat solo2x.. payah weii hidup bersendiri ni.. aku harap ini adalah yang pertama dan terakhir dalam sejarah hidup ku ni.. pengajaran buat diri sendiri bahawa hidup ini tak akan bermakna kalau tiada teman dalam hidup.. jiwa akan rosak.. jiwa akan tertekan kalau semakin lama aku bersendiri.. hidup tiada maknanya kalau tiada keluarga bersama dan tiada rakan bersama.. berharap ini yang terakhir kalinya.. aku insaf tak nak tinggal di rumah sendiri lagi.. Takut?? siapa tak takut.. siang jak kot aku berani.. malam2x begini semuanya terbayang.. mainan perasaan kan.. senjata utama seorang muslim kan doa.. doa laa yg bagi semangat sikit kat aku walau aku ni memang lemah semangat.. -_-" ayat kursi laa peneman ku setiap malam.. huhu.. alhamdulillah setakat ni tiada apa2x tidak diingini berlaku dan berharap tak akan ada apa2x yang tidak diingini berlaku.. amiiinn.. tadi bapa call.. tanya macam biasa laa.. dah makan ka? masih tiada kawan ka? and yang peliknya soalan blh diajukan "dah cuci kain ka?" aik garuk kepala terus aku..biar betul.. mcm tau2x ja bapa ku ni yg aku belum cuci kain.. hehehe.. malu2x.. aku sebenarnya nak tanya pasal keputusan diorang tuh.. tapi takut sangat.. memang aku nak sangat balik sandakan.. tapi bukan bermaksud aku nak berhenti belajar.. takkkk nakkkk.. aku tak nak bermimpi buruk.. bagi lah aku mimpi yang indah2x plezzzzz.. macam cerita barbie gitu.. kan best.. huhu.. aku tak tanya tapi bapa ku sendiri yang cakap.. first dia tanya klu aku nak balik ke tak.. aku jawab sempoi je.. nakk laa.. lepas tuh bapa aku pun jawab dengan LEBIH dan lagi sempoinya.. ok klu nak balik,, balik terus.. tak payah balik sana lagi.. teeettttt.. ambik kauuu.. dalam hati nak lagi tanya ayat kurang ajar.. kenapa pulak tak blh balik sini lagi??.. Just dalam hati je pun.. kalau soalan tuh terkeluar tadi,, cnfrm sampai penampar kat pipi melalui lobang2x hp.. hehe.. Bapa ku tak sekejam itu ok.. saja je cakap.. kwang3x.. aku cakap la aku sebenarnya memang nak balik.. tapi aku tak nak berhenti belajar.. kalau mula2x belajar dulu mybe aku memang akan berhenti.. tapi ini dah nak masuk sem 2.. sayang kot.. duit pun banyak habis.. semudah itu ka? memang kalau boleh nak pindah kat kk ja.. tapi guna duit lagi.. buang duit lagi.. adooiiii.. dengan akal yang waras.. aku pun cakap la.. aku tak nak berhenti..  bapa ku pun terus cakap.. diorang pun tak nak aku berhenti semudah itu.. tapi aku tahu dia masih fikirkan pasal hari raya hari tuh.. kalau ikutkan perasaan,, aku memang nak berhenti.. walaupun hati tak rela.. kata seorang housemate ni,, biar keputusan diorang tak suruh aku balik,, tapi aku mesti balik.. pasal keluarga mesti fikir betul2x.. ya.. memang betul cakapnya.. dengan keadaan diorang tengah susah di sana.. siapa yang tak nak balik kan.. tapi bila difikir2x balik,, kalau aku balik juga and tukar belajar kat kk.. tak ke sama maksudnya menambahkan beban mereka.. makin berbeban adalah.. ish3x.. susahnya hidup ini.. sebab banyak sangat berfikir,, makin hari rasa makin banyak tumbuh rambut putih.. risau pula balik sandakan nanti rambut dah putih semua.. hehehe.. minta dijauhkan.. so for the conclution.. i think i should be to still study here.. (hentam) keh3x.. berharap la keputusan yang aku buat kali ini betul.. pernah juga terfikir memang nak balik sangat sebab risaukan keadaan diorang kan.. mybe aku akan berkeras nak balik sana.. mesti 100% mereka akan ikut ja cakap aku.. aku tau diorang sayang sangat kat aku.. apa pun aku nak,, diorang cuba usahakan semampu diorang agar apa yang aku nak kan tuh tercapai.. tapi aku tak nak la buat hati diorang sedih lagi.. dah laa hari tuh nak ke sini aku memang berkeras sangat walaupun berat untuk diorang izinkan aku belajar kat sini.. tak kan kali ni aku berkeras juga nak balik sana pula and study pula kat kk.. tak ka gila namanya gitu.. ok.. sekarang hanya mampu berserah dan maju ke hadapan.. tak payah laa pandang belakang lagi.. life must go on.. right.. ?? never give up.. yeeehhh!!! semangat sudah ni.. hilang rasa takut.. hehehehe.. okee.. bye2x world.. :D

Ahad, 8 September 2013

Be Strong

Assalamualaikum..

hari ni tiga orang housemate dah balik.. baru ja hantar tadi.. rasa macam nak nangis ja.. sekarang tinggal seorang diri dalam rumah yang besar.. sunyi sepi.. rasa kosong.. rasa sedih pedih pun ada.. huhu.. heiiiii mimpi buruk ka aku ni?? tak pernah pun aku terfikir akan jadi macam ni.. -_- sabar laa hati.. ingat org tersayang di sandakan tuh.. :) esok try klu dapat kerja sana.. klu dapat alhmdulillah.. tak juga aku gila berkurung di rumah ni ja.. semua ni aku tak takut.. yang aku takut menanti keputusan diorang kat sandakan tuh.. kalau keputusan diorang mengatakan aku mesti pergi.. selamat tinggal laa KL.. huhu.. rasa macam tak rela ja nak balik walaupun hati kata memang nak balik.. hanya menanti dengan sabar dan tawakal ja.. apapun keputusan diorang aku ikut.. :) family lebih utama dari segalanya.. jyeaaahh..