Welcome To My Pot Pet Pot Pet # D'La Isran # Biru Itu Indah

Pengikut Setia Ku

Sabtu, 31 Ogos 2013

Perasaan Jadi tak Menentu

           Salam tengah malam semua pada yang belum tidur.. susah dah nak tidur sebab banyak benda nak fikir.. tak habis2x.. baru ja bergembira semalam.. hari ni tetiba datang pula masalah baru.. masalah yang nampak sangat nak otak aku berfikir.. bila difikir2x balik,, rasa menyesal pun ada sebab datang sini.. teringat kata2x diorang yang menghalang aku untuk datang ke sini.. tapi aku keras kepala.. aku ikutkan kehendak diri ku ja.. aku tak fikirkan perasaan orang lain.. aku pentingkan diri sendiri.. aku tak pernah fikirkan pendapat dan nasihat orang lain.. nak tunjuk lagak depan diorang dengan buat muka selamba.. sekarang siapa yang susah.. dah la raya tak dapat balik.. KONON nya nak balik bulan 9 ni.. tapi tak terbalik juga.. aduhai.. siapa laa tak stress macam ni.. siapa kata dalam hati ni tak rindukan diorang.. siapa kata dalam aku bergembira di sini aku tak pernah fikirkan dan teringatkan diorang.. tipu laa kalau aku tak rindu dan tak teringatkan diorang.. rasa macam nak BERHENTI ja and balik sandakan.. tapi semudah itu kah?? kesian ibu bapa yang penat2x hantar ke sini dengan keterpaksaan menurut kehendak anak diorang ni yang tak pandai nak dengar nasihat daripada orang lain.. demi anak diorang ni,, diorang sanggup ikut cakapnya walaupun hati diorang sendiri berat membenarkan tapi demi anak diorang yang keras kepala sangat ni diorang sanggup juga benarkan.. aku tak tahu la sekarang ni aku rasa macam dah berputus asa untuk terus sambung belajar.. sebab kecewa tak dapat balik laa aku rasa macam ni.. orang dah kata jangan pergi jauh2x.. tapi tetap juga berkeras nak pergi sini.. tunjuk hebat sangat kan.. sekarang rasa laa sendiri.. itu baru kes pertama.. kes kedua ni pula,, kalau laa jadi.. kalau laa katakan aku jadi berhenti sebelum masuk sem dua ni.. apa akan jadi dengan perasaan ku pula.. memang dah bincang dengan diorang yang kat sandakan tuh.. cuma tinggal tunggu keputusan diorang ja ni.. andai itu takdir ku,, aku rasa aku boleh gila juga.. mana taknya.. aku dah sayang gila dengan diorang kat sini.. aku rasa best sangat bila bersama2x dengan diorang.. sanggup kah nanti aku berpisah dengan diorang.. aku tahu bertemu dan berpisah tuh memang dah adat kehidupan.. tapi aku rasa aku tak sanggup.. dah berapa bulan hidup dengan diorang jarang aku sedih.. sentiasa happy.. disebabkan selalu happy laa aku dapat sembunyikan kesedihan ku.. diorang baik sangat.. walaupun berbeza2x negeri tapi itu tak menghalang untuk kami bergurau bersama.. dalam hati memang nak sangat balik.. tapi pada masa yang sama terfikirkan perasaan sendiri.. dah terbayang2x dah andai aku jadi berhenti,, aku akan ingat dan rindu berabis dengan diorang yang ada kat sini.. sedangkan cuti2x biasa bila diorang  balik kampung masing2x pun aku dah rasa gila tahap gaban sebab rindu bergurau senda dengan diorang,, apatah lagi berpisah buat selamanya.. huhuhu.. hanya tuhan yang tahu.. biar laa masa yang menentukannya.. biarlah keadaan yang mengubah segalanya.. hanya mampu berserah kepadaNya.. semoga dapat membuat keputusan yang betul yang dapat mengubah jalan hidup ku ke arah yang lebih baik lagi.. kalau dah ditakdirkan aku tetap di sini untuk terus belajar.. aku terima.. dan aku akan teruskan.. tapi andainya takdir mengatakan yang aku akan sampai di sini sahaja dan pulang kembali ke sana.. aku terima juga.. mungkin ada hikmah disebaliknya.. walau hati sakit.. walau hati sedih.. dah sudah memang itu suratan dariNya.. aku redha.. aku redha.. aku redha.. :)

Tawakal ja menanti keputusan dioarang.. dan semoga dipermudahkan menjawab exam nanti.. amiiin

Tiada ulasan: