Welcome To My Pot Pet Pot Pet # D'La Isran # Biru Itu Indah

Pengikut Setia Ku

Rabu, 10 Februari 2016

Kenangan

Assalammualaikum....

Hari ni nak meluah lagi.. aku nak luah kat orang takut orang takkan faham apa yang aku rasa.. takut orang gelakkan.. takut orang kata aku ni macam tuh laa, aku ni macam ni laa.. so daripada aku terima kata2 atau pandangan2 mcm tuh baik aku luah kat sini.. one day bila free boleh baca balik.. walaupun nampak syok sendiri aku tak kisah sebab dengan cara ni aku boleh legakan perasaan sendiri.. dengan cara ni aku boleh redakan perasaan yang tengah berperang hebat kat dalam ni.. okey sebenarnya apa yang aku nak cerita kat sini mengenai seseorang yang pernah aku kenal, yang pernah aku sayang, yang pernah aku cinta, yang pernah hadir dalam hidup aku dan sempat buat aku bahagia.. aku nak cerita ni bukan apa.. dengan cara ni aku takkan mudah lupakan seseorang yang pernah penting dalam hidup aku suatu masa dulu.. dengan cara ni aku boleh ingat apa yang pernah dia buat pada aku dan dia pernah bagi kebahagian pada aku.. (berharap suatu hari nanti dia baca) sebab semuanya yang aku tulis hanya mampu di simpan di hati dan hanya mampu di luahkan di blog ini sebab diri ini sangat2 tidak mampu untuk luahkan semua kepadanya.. okey lets start..

       Biar laa aku kenalkan dia dulu.. Nama dia bermula dari huruf H.. so aku gelar laa dia kat sini sebagai si H atau Mr. H. Umur dia sekarang dah 23.. tinggal kat sungai buloh selangor.. masa kenal dia mula2 dulu dalam wechat.. masa tuh bulan puasa.. :) aku ni memang suka 'look around' dekat wechat.. biasa laa waktu tuh single.. so nak jugak laa cari2 kenalan untuk lepaskan bosan.. tapi ramai2 kenalan wechat aku semua tuh, tak pernah seorang pun aku berani jumpa.. sampai laa satu saat di mana aku kenal si H ni.. satu hari tuh bila dia add dekat wechat kami saling kenal2 dan borak biasa2 macam mana aku borak2 dengan kenalan wechat aku yang lain.. hari demi hari (cewahhh guna ayat novel sikit) bila kami dah makin kenal dan makin aktif chat dekat wechat dia dah mula ajak keluar.. setiap kali dia ajak keluar aku mesti tolak.. macam kenalan aku yang lain jugak.. tapi bila suatu hari tuh kami mula nak jumpa.. aku beranikan diri jumpa dia.. dia bawa aku buka puasa dekat sebuah restoran.. dan tengok kat bawah.. ni laa gambar yang aku ambil curi2 masa kami first jumpa.. aku sengaja kaburkan biar laa aku sahaja tahu rupa dia yang sebenar dan biar aku sahaja yang tahu siapa sebenarnya yang aku gelarkan mr.H itu..
agak kelakar sikit cara aku edit..

      Okey lepas jumpa hari tuh hubungan kami makin lama makin rapat dan kami mula mempunyai hubungan istimewa.. selama kenal dia, dia memang seorang yang baik.. aku dapat lupakan ex boyfriend aku yang sebelum ni pun disebabkan si H ni yang mampu buat aku lupa terus dengan ex aku itu.. padahal sebelum aku kenal si H ni, aku memang susah nak lupakan ex aku tuh.. bertahun jugak aku masih ingatkan dia.. (tak percaya dipersilakan laa skodeng entry2 aku yang lepas kat dalam blog ni) tapi semua tuh aku boleh lupakan sekelip mata bila aku dah kenal si H ni dan bila si H ni mula bertakhta di hati ni.. aku ni jenis kuat marah, kuat cemburu.. sebab aku break dengan ex aku sebelum kenal dgn si H ni pun disebabkan cemburu aku yang terlalu kuat ni,, entah laa nak cakap mcm mana.. aku cemburu sebab aku sayang.. sayang sangat2.. tapi tak tahu pulak sebab cemburu aku tuh hubungan kami mula berombak yang sebelum ni tenang je.. sweet je.. tapi si H ni jenis yang penyabar.. setiap kali kami gaduh mesti tak lama lepas tuh dia akan pujuk balik.. sebab tuh laa makin lama aku makin sayang dekat dia.. sebab perangai dia yang satu ni.. sikapnya yang penyabar tuh laa aku makin mengada2.. aku selalu buat perangai.. aku pun sebenarnya tak perasan aku buat macam tuh.. yang aku tahu masa tuh aku nak perhatian lebih dari dia.. aku nak dia selalu ada untuk aku.. tapi lepas beberapa bulan hubungan kami masih macam biasa walaupun kejap tenang dan kejap berombak.. kami masih still bersama.. pernah jugak bila kami gaduh besar kami dah break.. tapi masing2 tak tahan rindu.. masing2 masih ada rasa sayang.. lepas tuh kami akan contact balik.. macam tuh laa selalu sampai satu saat di mana......... (sambung kat bawah) :D

         Sampai satu saat di mana muncul orang ketiga di antara kami.. aku klu dah sayang aku takkan curang.. aku memang nak dekat dia sorang je.. tapi semua tuh berubah bila suatu hari kami gaduh dan si H ni mulai kurang layan aku.. janji dia pada aku masa sebulan cuti sem tuh dia akan selalu teman aku jalan2 disebabkan aku tggl sorang dekat rumah so takde laa teman nak keluarkan.. tak berani nak keluar sorang2 dekat kl tuh.. so sebelum cuti sebulan tuh dia mmg dah plan nak teman aku selalu keluar jalan2 supaya aku ni tak laa boring sangat dok terperap kat rumah.. entah macam mana masa dah nak dekat2 cuti, kami gaduh lagi.. masa tuh dia mmg nak tinggalkan aku.. kami dah tak contact.. dia langsung tak contact aku.. dia langsung tak risaukan aku yang duduk sorang2 dekat rumah tuh.. aku ni manusia biasa jugak.. memang aku jenis yang setia.. tapi bila aku dah di buat macam tuh aku rasa nak memberontak.. hati ni dah laa kecewa dengan sikap dia dengan masa yang sama bosan tahap nak gila duduk rumah sorang2.. so masa ni laa aku mula 'look around' balik dekat wechat.. dan aku dah mula kenal dgn dua orang lelaki dalam masa yang sama.. sorang org kelantan dan sorang lagi orang terengganu.. dua2 diorang ajak aku keluar.. disebabkan aku bosan, aku keluar jugak walaupun aku tak berani jumpa orang dan tiada keyakinan nak jumpa orang.. aku keluar jalan2 dengan dua orang lelaki tersebut.. dua2 baik.. lepas sorang aku keluar, aku keluar lagi dengan yang sorang.. dan hubungan kami takda apa yang istimewa pun.. kami cuma berkawan dan nasib laa ada mereka berdua sudi berkawan dengan aku masa tuh.. hilang laa jugak rasa bosan duduk rumah sebulan sorang2.. masa aku tengah happy berkawan dengan mereka tuh laa si H datang balik nak keruhkan keadaan.. disebabkan aku mmg rindu dan memang sayang dekat dia, aku maafkan dia mcm tuh je.. kami mulakan hubungan balik mcm dulu tapi sedikit hambar.. tiada lagi rasa manisnya bila berhubung dengan dia masa tuh.. dan masa tuh dia mmg tak tahu yang aku pernah keluar dengan dua orang kawan lelaki aku yang baru aku kenal tuh.. makin lama memang hubungan makin tawar so kami pun break..

      Bulan 10 tuh kami dah break.. dan hujung bulan 10 aku dah berpindah hanya sementara ke rawang disebabkan aku dah mula start praktikal.. masa kat rawang muncul lagi seseorang yang selalu chat aku tanpa jemu.. selalu ambil berat pasal aku sampai hati aku dah mula rasa sesuatu.. memang masa tuh si H langsung dah tak muncul.. dan disebabkan aku dan dia dah break.. aku terima seseorang ni dalam hidup aku.. kami pun mula bercouple.. entah berapa lama lepas tuh, si H ni contact aku lagi,, aku memang masa tuh masih tak boleh lupakan dia so aku terima dia balik.. dan yg seseorang tuh pun mmg tak kekal sebab dia kejap ada kejap takda.. so aku mula balik bercouple dengan si H.. selalu jugak kami gaduh tapi dia still boleh sabar.. (pasal hal aku couple dgn someone ni pun aku tak pernah bagitahu dia) kalau dia masih ingat, pernah satu hari masa kami oncall aku ada cakap yg aku ada sesuatu nak diceritakan dekat dia tapi aku kata tunggu laa ada masa yg sesuai.. tapi tak sangkah sampai sekarang aku langsung tak berkesempatan nak ceritakan semuanya dekat dia..  

        Keluarga aku ramai dah aku cerita pasal si H ni.. kawan2 yang rapat dengan aku pun ramai dah kenal si H ni.. aku selalu cakap depan kawan2 aku yang si H ni memang seorang yang penyabar sebab tuh biar berapa kali kami putus kami tetap bercouple semula disebabkan aku terlalu sayangkan dia.. so dalam cerita aku semua kat atas tuh agak2 laa kan siapa yang baca ni, sekarang ni kami still couple or tak??

        Okey taknak laa bagi teka teki.. masa aku tulis ni kami memang dah takda apa2 hubungan lagi.. sebab apa???? okey mari aku bagitahu sebabnya kenapa.. aku memang dah habis belajar so dalam 30 bulan 12 tahun 2015 tuh aku akan balik terus ke sabah.. aku dah tamat belajar selama hampir 3 tahun belajar dekat KL.. sebelum aku balik tuh, kami ada jumpa.. dia sempat tolong ambil aku dekat rawang dan malam tuh dia datang lagi ke rumah aku semata2 nak baiki kipas aku yang rosak.. lepas baiki kipas aku, kami borak2 kejap.. dan dia kata tinggal berapa hari je lagi aku dekat KL.. dia kata nak ajak aku keluar mungkin keluar untuk yg terakhir kalinya sebelum aku balik sabah.. lepas borak2 kejap tuh, dia pun balik ke rumah dia.. keesokannya bila aku call, dia kata dia demam.. aku pun rasa bersalah sangat masa tuh.. mungkin dia demam disebabkan dia tolong aku baiki kipas sebab masa dia balik ke rumah masa tuh dah pukol 3 pagi.. mungkin disebabkan tuh dia demam.. berapa hari dia demam aku makin risau,, satu hari entah berapa kali aku call.. niat di hati nak je aku datang rumah dia tengok dia ok ke tak.. tapi aku segan dan aku takut dengan family dia,, nanti apa pulak kata family dia kan.. so aku tahankan diri aku.. aku just call dia berkali2 untuk tahu keadaan dia.. demam dia memang teruk sebab dah berhari2 demam dia tak hilang2 lagi.. aku pujuk dia suruh dia pergi hospital tapi dia taknak.. so aku pun taknak paksa2 dia sebab dia tengah demam.. lepas call dia aku tengok last seen wasap dia.. aku tgk fb dia.. start situ aku rasa lain.. dia kata dia tido dan tak larat tapi bila aku tengok last seen dia kat wasap dan jugak kat fb masa tuh memang dia ada online.. so aku mula marah2 dia.. aku hantar wasap marah2 kat dia.. dia cakap dia online wasap sbb nak inform boss dia yg dia tak dpt turun kerja.. sebab yg tuh aku blh terima.. tapi kenapa dia blh online fb tengah2 sakit mcm tuh so.. aku tanya dia lagi.. dia langsung taknak mengaku padahal aku dah screenshoot dah pun last seen dia kat fb.. lepas tuh dia mengaku mmg dia ada buka fb sebab nak tengok video2 untuk hilangkan rasa bosan.. itu yang dia cakap dekat aku.. aku rasa memang kecil hati sangat2 masa tuh.. wasap aku dia biarkan bluetick je.. aku mmg paling tak suka wasap aku dibiarkan bluetick mcm tuh tapi disebabkan dia tengah sakit aku cuba faham dia.. tapi yg buat hati ni rasa sakit bila dia boleh buka fb tapi langsung tak reply wasap aku.. start situ aku mula marah2 lagi walaupun aku tahu dia tengah sakit.. kami gaduh lagi dan kami tak dapat jumpa untuk kali terakhir memandangkan dia tengah sakit dan hari aku nak balik ke sabah pun dah tiba..

        01.01.2016 aku dapat wasap dari dia,, (masa ni aku dah kat sabah) senang hati jugak bila dapat wasap dari dia walaupun hati rasa kecil hati berkali2 disebabkan sebelum aku balik sabah tuh aku banyak kali call dia tapi dia nak taknak je layan.. lepas dia tanya macam2, aku pun tanya dia balik.. lagi sekali wasap aku dia biarkan bluetick.. aku tak blh tahan hati, aku marah2 lagi dan maki2 dia lagi.. sebelum ni aku selalu maki2 dia, dia memang tak pernah maki aku balik.. sebab tuh aku sayang dia,, tapi hari tuh tanpa aku sangkah dia maki aku balik.. aku tak sangkah betul yg dia sanggup maki aku.. aku tak tahan aku block dia dekat wasap dan wechat.. then lepas tuh aku terfikir, mungkin dia berubah sampai macam tuh sekali disbebakan aku dah jauh dari dia.. disebabkan itu perangai dia yang sebenar dah keluar.. anggapanku mungkin selama kami couple dia hanya berpura2 bersabar.. tak tahu laa,, tu cuma anggapan.. Allah je yang tahu.. dan disebabkan itu sahaja kami dah takda apa2 hubungan sekarang ni.. nampak mcm pelik je kan,, mesti orang kata sebab tuh je dah break.. tapi bagi aku lain.. aku tak boleh terima orang yang aku sayang maki aku balik.. sampai sekarang aku tertanya2 jugak.. klu sebelum ni dia blh tahan sabar dgn aku, knp masa tuh dia tak blh tahan sabar dia biarpun kejap??? ke dia memang langsung tak sayangkan aku sebab tuh dia dah berubah sampai macam tuh sekali.. Wallahu'alam..

    Apapun, macam mana sekali aku dah kecewa dengan sikap dia.. aku takkan pernah lupakan segala kebaikan yang pernah dia buat untuk aku.. aku nak sangat cakap kat dia yang aku nak berterima kasih kat dia sebab pernah hadir dalam hidup aku dan pernah bawa kebahagian untuk aku walaupun kejap.. jujur aku akui aku masih sayangkan dia.. aku masih rindukan dia.. malam2 aku akan ingat kat dia.. tapi nak mulakan hubungan dia semula mungkin memang takkan pernah terjadi lagi kecuali jika kami memang ada jodoh.. doa ku untuknya moga dia sentiasa bahagia bersama2 orang2 yang dia sayang dan akan aku jadikan kenangan bersama dia sebagai kenangan yang takkan pernah aku lupakan.. biar laa kenangan2 tuh semua aku simpan dalam lipatan sejarah dalam lubuk hati yang paling dalam.. semoga diri mu bahagia selalu MR.H.A.. :)


ya ni laa yang selalu aku buat walaupun jauh di lubuk hati aku taknak langsung kehilangan dia.. :)

dan aku akui jugak.. bayangannya memang selalu dalam ingatan ku.. mungkin kenangan silam yang masih menghantui aku disebakan itu aku selalu ingat kat dia.. :)

yess!! memang bukan senang nak lupakan dia.. tapi aku akan cuba.. dulu pun aku pernah lalui.. insyaAllah aku boleh buat macam mana aku boleh buat dahulu.. :)

dan satu yang ku harapkan moga kami still boleh menjadi kawan.. :)


ya semua ini Allah sahaja yang tahu.. mungkin satu hari nanti dia akan temukan aku dengan seseorang yang boleh sabar, faham dengan kerenah aku yang di anggap tidak matang oleh Mr H. :)

selamat malam Mr.H.. :)

SEKIAN