Welcome To My Pot Pet Pot Pet # D'La Isran # Biru Itu Indah

Pengikut Setia Ku

Sabtu, 31 Ogos 2013

Perasaan Jadi tak Menentu

           Salam tengah malam semua pada yang belum tidur.. susah dah nak tidur sebab banyak benda nak fikir.. tak habis2x.. baru ja bergembira semalam.. hari ni tetiba datang pula masalah baru.. masalah yang nampak sangat nak otak aku berfikir.. bila difikir2x balik,, rasa menyesal pun ada sebab datang sini.. teringat kata2x diorang yang menghalang aku untuk datang ke sini.. tapi aku keras kepala.. aku ikutkan kehendak diri ku ja.. aku tak fikirkan perasaan orang lain.. aku pentingkan diri sendiri.. aku tak pernah fikirkan pendapat dan nasihat orang lain.. nak tunjuk lagak depan diorang dengan buat muka selamba.. sekarang siapa yang susah.. dah la raya tak dapat balik.. KONON nya nak balik bulan 9 ni.. tapi tak terbalik juga.. aduhai.. siapa laa tak stress macam ni.. siapa kata dalam hati ni tak rindukan diorang.. siapa kata dalam aku bergembira di sini aku tak pernah fikirkan dan teringatkan diorang.. tipu laa kalau aku tak rindu dan tak teringatkan diorang.. rasa macam nak BERHENTI ja and balik sandakan.. tapi semudah itu kah?? kesian ibu bapa yang penat2x hantar ke sini dengan keterpaksaan menurut kehendak anak diorang ni yang tak pandai nak dengar nasihat daripada orang lain.. demi anak diorang ni,, diorang sanggup ikut cakapnya walaupun hati diorang sendiri berat membenarkan tapi demi anak diorang yang keras kepala sangat ni diorang sanggup juga benarkan.. aku tak tahu la sekarang ni aku rasa macam dah berputus asa untuk terus sambung belajar.. sebab kecewa tak dapat balik laa aku rasa macam ni.. orang dah kata jangan pergi jauh2x.. tapi tetap juga berkeras nak pergi sini.. tunjuk hebat sangat kan.. sekarang rasa laa sendiri.. itu baru kes pertama.. kes kedua ni pula,, kalau laa jadi.. kalau laa katakan aku jadi berhenti sebelum masuk sem dua ni.. apa akan jadi dengan perasaan ku pula.. memang dah bincang dengan diorang yang kat sandakan tuh.. cuma tinggal tunggu keputusan diorang ja ni.. andai itu takdir ku,, aku rasa aku boleh gila juga.. mana taknya.. aku dah sayang gila dengan diorang kat sini.. aku rasa best sangat bila bersama2x dengan diorang.. sanggup kah nanti aku berpisah dengan diorang.. aku tahu bertemu dan berpisah tuh memang dah adat kehidupan.. tapi aku rasa aku tak sanggup.. dah berapa bulan hidup dengan diorang jarang aku sedih.. sentiasa happy.. disebabkan selalu happy laa aku dapat sembunyikan kesedihan ku.. diorang baik sangat.. walaupun berbeza2x negeri tapi itu tak menghalang untuk kami bergurau bersama.. dalam hati memang nak sangat balik.. tapi pada masa yang sama terfikirkan perasaan sendiri.. dah terbayang2x dah andai aku jadi berhenti,, aku akan ingat dan rindu berabis dengan diorang yang ada kat sini.. sedangkan cuti2x biasa bila diorang  balik kampung masing2x pun aku dah rasa gila tahap gaban sebab rindu bergurau senda dengan diorang,, apatah lagi berpisah buat selamanya.. huhuhu.. hanya tuhan yang tahu.. biar laa masa yang menentukannya.. biarlah keadaan yang mengubah segalanya.. hanya mampu berserah kepadaNya.. semoga dapat membuat keputusan yang betul yang dapat mengubah jalan hidup ku ke arah yang lebih baik lagi.. kalau dah ditakdirkan aku tetap di sini untuk terus belajar.. aku terima.. dan aku akan teruskan.. tapi andainya takdir mengatakan yang aku akan sampai di sini sahaja dan pulang kembali ke sana.. aku terima juga.. mungkin ada hikmah disebaliknya.. walau hati sakit.. walau hati sedih.. dah sudah memang itu suratan dariNya.. aku redha.. aku redha.. aku redha.. :)

Tawakal ja menanti keputusan dioarang.. dan semoga dipermudahkan menjawab exam nanti.. amiiin

i-city kali ke-2

Assalamualaikum..

Semalam pergi i-city lagi.. tapi kali ni berbeza orang.. kalau hari tuh aku pergi dengan kazen and bf dia dan kawan bf dia.. tapi kali ni aku pergi dengan kawan serumah.. tak dirancang pun.. tetiba pula kak nori bawa.. sebenarnya pernah laa dulu cakap dengan dia,, kalau dia jalan aku nak ikut.. padahal masa tuh aku gurau je pun.. tak sangka pula dia ajak betul2x.. dia ajak juga seorang kawan iaitu kak ary.. aku pun mesti laa tak tolak rezeki depan mata.. rugi kot kalau tak join.. bukan selalu dapat pergi i-city sambil sambut merdeka.. kalau tahun2x sebelum ni sambut merdeka di bandar sandakan.. tapi itupun sebab menjual dan kerja.. takda pun berkesempatan jalan dengan kengkawan.. tapi tahun ni,, akhirnya MERDEKA jugak aku.. hahahaha.. (ketawa penjahat) BTW,, memang best gila.. first kami singgah di giant.. beli barang sikit.. lepas tuh terus pergi i-city.. plan pertama nak pergi dataran.. tapi tak jadi.. time lalu di dataran shah alam tuh memang dah penuh dan sesak.. so kami teruskan perjalanan pergi i-city.. time kat i-city,, kak nori dgn b dia memang cool.. kesian juga b dia sebab di buli ambil gambar kitaorang dengan aksi2x yang trep comel2x namun memang comel (cehh angkat hidung sendiri) tapi tak tahu laa  rela kah dia atau dengan terpaksa mengambil gambar kitaorang.. hehehe.. dimana ada lampu,, di situ laa ada kami..
aku pilih colour kegemaran ku :D









habis b kak nori jadi tukang gambar yang tak berbayar dan tak berlesen.. haha.. lepas lepak2x kejap.. kitaorang pun p makan.. masa tuh pukul 1 lebih.. time makan2x macam berjanji pula bapa ku sama c dia.. habis jak bapa ku call dia pula call.. dua2x tanya dekat mana.. suruh balik cepat.. dua2x bernada marah.. haha.. sayang sangat rupanya.. terharu joo.. i love pa.. i love u u.. :D 
cehh kembang nnti hidungnya.. lepas tuh lebih terharu bila b kak nori sanggup carikan burger untuk kawan2x di rumah.. tapi hampa.. berapa tempat burger kami singgah.. semuanya dah habis.. dah pukul dua kan masa tuh.. mesti laa dah habis.. lepas tuh b dia singgah atm.. sebab seorang kawan ni nak minta cucuk duit.. kesian betul aku tengok b kak nori tuh.. tapi hampa juga.. mana ada atm buka lepas pukul 12.. semua out services.. last tuh kami pun balik dalam pukul 3 macam tuh.. memang penat tapi best.. best and best.. kan lebih best kalau dengan family sendiri.. kan lebih best kalau dengan dia.. kan lebih best kalau jalan ramai2x dengan kawan.. :)

sekiannn.. 

Selasa, 13 Ogos 2013

Kelemahan Diri


Assalamualaikum..

Ni kalau sudah update blog time2x macam ni apa lagi  memang tak boleh tidur laa.. aku tak tau laa apa masalah sekarang ni.. Berkali2x aku istighfar banyak2x.. tenangkan hati.. supaya dapat tidur.. tak boleh juga.. astaghfirullah3x.. tadi bukan main lagi mata ku ngantuk gilaa.. tapi tidur dalam 4-5 minit gitu,, terus terbangun and sampai sekarang tak boleh tidur.. masa tak boleh tidur ni laa,, macam2x benda yang difikir.. bila difikir2x balik perkara2x itu,, hati terus tak tenang.. asyik dup dap dup dap ja dari tadi.. aku pun tak tau nak buat apa lagi,, aku pun buka laa blog ni.. harap dapat tenangkan sikit hati ni.. nak luah sikit.. sebab sini laa tempat untuk aku nak meluahkan perasaan.. cehhh.. kat hostel ni ramai juga kawan,, and ada juga bestie ku sendiri dari sandakan,, tapi rasa malu pula nak luahkan dengan diorang.. takut diorang tak sudi nak dengar.. so,, wahai blog,, walaupun rasanya aku seperti orang gila sebab cakap sendiri2x,, aku tetap nak cakap juga,, sebabnya dengan menulis dan meluahkan apa yang tengah aku rasa ni sedikit sebanyak dapat laa legakan sikit apa yang terpendam.. harap dikau sudi dengar ok.. buat2x dengar pun aku tak kisah.. asalkan dikau dengar apa yang aku nak cakap ni.. bila kau sudi mandengar sudah mampu membuat hati ku gembira sikit.. sikit ja.. tak banyak pun.. -_- sakit kot pendam perasaan sendiri2x.. mesti nak luah jugak baru rasa ok sikit.. sekarang ni pun tengah fikirkan problem sorang kawan yg amat2x ku sayang.. hmm,, dia ada bagitau aku laa hal yg dia sekarang terpaksa lalui.. aku jadi bingung sendiri dengar masalah dia tu.. macam mana aku nak tolong dia?? aku jauh kot dari dia.. ok macam ni,, aku memang nak sangat tolong dia.. tapi aku tak tahu macam mana caranya.. aku takut dia kecil hati sebab tak dapat tolong dia.. aku ni memang tak pandai nak nasihatkan orang.. kalau orang tuh ada masalah,, aku tak tahu nak nasihatkan dia macam mana.. memang tiada bakat langsug nak nasihat2x kan orang ni.. aku juga tak pandai pujuk orang yang tengah merajuk kah,, marah kah,, menangis kah.. memang aku tak pandai pujuk.. adik aku sendiri pun kalau nangis atau merajuk.. mama aku akan terus suruh pujuk budak manja tuh...hmm aku apa lagi,, bukanya  pergi pujuk,, terus marah2x kan dia sampai rajuk dan tangisnya semakin panjang.. kejamnya aku sebagai seorang kakak.. :D serius.. memang itu sikap sebenar aku.. so,, dah macam tuh sikap aku,, macam mana lagi caranya aku nak tolong kawan aku yang sorang tuh.. hanya ada satu sikap ku yang mungkin boleh tolong dia.. mungkin dengan cara ni ja la yang dapat tolong dia sikit.. aku bukan nak puji diri sendiri la,, cuma memang ini laa aku.. kalau orang ada masalah,, tolong laa luahkan pada aku.. aku boleh jadi pendengar yang setia.. luahkan laa sehabis dan semaksima mungkin,, aku sedia mendengarnya.. masa dia call tuh and cakap panjang2x.. aku hanya diam.. dia tanya kenapa diam ja.. dengar kah tidak apa yang dia tengah cakap.. aku katalah aku dengar.. tapi aku rasa dia tak percaya..  dia tak tahu aku memang dengar, tekun dan mengambil sepenuh perhatian gila apa yang dia cakapkan.. setiap apa yang dia cakap tuh aku dengar betul2x.. lepas tuh dia pun tanya aku macam mana nak selesaikan masalah tuh.. aku terus diam macam tak boleh keluar suara dah.. aku memang lemah sangat bab2x nasihat and pujuk memujuk ni.. lemah memang lemah.. aku rasa aku tak boleh jadi kawan yang baik untuk dia.. aku rasa aku tak layak kawan dengan dia sebab tak dapat nak tolong dia.. berapa kali aku salahkan diri sendiri sebab tak dapat tolong dia.. dah memang aku tak boleh... nak buat macam mana lagi.. maafkan aku wahai sahabat.. aku memang serius tak tahu nak tolong macam mana.. serius aku kata aku tak tahu dan tak pakar dalam bidang nasihat menasihati ni.. serius dan serius riusnya ayat baru aku memang tak boleh bagi nasihat kat kau.. sorry sangat2x.. aku harap laa dengan kelemahan yang ku rasa kelamahan yang paling bodoh ni,, kau tak akan lepaskan persahabatan kita macam tuh ja.. aku berharap sangat2x.. tapi aku nak kau tahu,, bila kau ada masalah and perlukan seseorang untuk luahkan perasaan.. kau datang ja kat aku.. aku bila2x ada masa untuk dengar apa sahaja yang kau nak luahkan.. aku sedia mendengarnya.. bab2x mendengar ni memang aku dah ada diploma dalam tangan.. dah katam dah pun.. siapa2x nak luahkan perasaan... mehh datang ja.. telinga ku sentiasa terbuka.. tak pernah lagi tertutup.. sentiasa sudi dengar luahan perasaan orang.. cuma sekali lagi aku cakap,, aku tak boleh tak boleh tak boleh tak boleh tak tak tak tak BOLEH nak bagi respon dengan luahan2x korang.. memang aku tak boleh.. huhuhuh.. sorry ok my lovely friend.. :(

Sabtu, 10 Ogos 2013

Mungkin Ada Hikmah di Sebaliknya

Assalamualaikum....

Hari ni dah masuk raya keempat.. macam biasa laa.. tak boleh tidur.. so nak hilangkan boring,, update blog laa.. Sebelum sambung study hari tuh,, aku berminat nak sambung study kat satu tempat ni (biar laa rahsia) tapi tak da rezeki kan.. entah kenapa memang aku teringin nak sambung kat situ.. tapi dalam waktu yang sama aku nak sambung study dengan bestie2x aku sendiri.. biasa laa kan.. dah lama kawan,, mesti tak nak berpisah.. mesti nak sambung study sama2x.. lepas tuh time aku kerja,, satu di antara bestie ku yg lain contact aku.. ajak aku sambung study di mana dia nak sambung study.. first tuh aku gelak juga dengar nama kolej yg dia sebut tuh.. tapi tersirat dalam fikiran nak tau lebih lanjut tentang kolej tuh.. aku pun google laa.. entah bagaimana dan sewaktu dengannya aku secara tiba2x berminat sangat dengan kolej tuh.. tapi bila aku dah minat,, banyak pula halangan yang datang.. parents ku tak dah masalah.. tapi masalah itu datang sendiri bila mana ada mulut orang2x berkenaan tidak mahu aku sambung study kat kolej ni.. aku jadi confused sikit.. tak tau nak buat apa lagi.. tapi walaupun banyak yang menghalang,, aku tetap dengan niat ku yang pertama,, iaitu sambung study kat kolej berkenaan.. biarpun dalam keadaan yang sama,, aku macam dah putus asa nak sambung study.. rasa macam nak kerja ja.. tak payah nak sambung study lagi.. tapi alhmdulillah.. semua tuh aku dapat elak.. dan kini niat ku tercapai.. :) akhirnya aku dapat sambung study dekat kolej yang menjadi pilihan hati walaupun pada mulanya ramai yang menjadi penghalang..
~raya tahun lepas.. kat kampung halaman ku..

First tuh,, memang aku tak rasa lagi sesuatu.. tapi bila puasa dan raya menjelma,, rasa itu datang macam nak serang betul.. masa tuh laa baru terfikir,, kenapa aku sambung study jauh dari family ku.. baru aku sedar yang aku memang tak boleh hidup tanpa ada family di sisi.. tapi aku cuba kuatkan semangat.. aku tak nak hampakan harapan mereka2x yang tersayang.. aku nak teruskan perjuangan ini walau sesusah mana hidup yang harus di tempuh.. aku tahu setakat cubaan ini tak akan sehabat cubaan yang harus di tempuh oleh orang lain.. mungkin ada lagi cubaan hidup orang lain yang lebih jauh hebatnya berbanding cubaan yang aku terima ini.. aku sampai ke sini.. aku di hantar ke sini.. semuanya mesti ada hikmah di sebaliknya.. siapa tahu kan.. siapalah kita untuk menyalahkan takdir yang telah di atur rapi oleh-Nya yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui.. aku sebagai hambanya yang lemah cuma mampu berdoa agar aku dapat meneruskan perjalanan hidup ini dalam keadaan yang tabah dan di redhai-Nya.. semoga segala impian dan cita2x ku tercapai.. semoga aku lebih tabah mengharungi jalan hidup yang penuh dengan onak duri yang berliku-liku ini dengan lebih baik dan sentiasa dalam keredhaan-Nya.. :) semenjak sambung study jauh dari family ni,, aku dapat belajar sesuatu yang selama ini aku tak tahu.. baru aku sedar kenapa dan mengapa ibu ku selalu melarang aku buat perkara itu dan selalu mendesak dan menyuruh aku untuk buat perkara ini.. baru aku dapat mengetahui dan menyedarinya bila aku dah berada kat sini.. aku pasti dan yakin bahawa semua yang berlaku ini ada hikmah di sebaliknya.. suatu hari nanti mata sendiri yang akan melihat kebenaran itu.. :)

Jumaat, 9 Ogos 2013

Tak Boleh Nak Lelapkan Mata

Pagi dah tapi masih tak boleh tidur... plan nak tidur pukul 10 lagi sebab si dia bawa oncall pukul 12.. so nak tidur kejap laa.. tapi x jugak boleh tidur.. aduyaiii.. aku pun x tau apa yg di fikir sampai tak boleh tidur.. lepas oncall sama dia sampai pukul 2,, aku buka fb kejap.. tengok2x kejap.. rasa boring aku out.. lepas tuh nampak novel.. sambung balik baca novel.. sampai pukul 4.. pukul 4 ni plan nak tidur.. golek sana golek sini.. pusing sana,, pusing sini.. pusingan tersebut berubah terus ke arah 360 darjah celcius per minit .. buka mata,, tutup mata.. tetap juga tak boleh tidur.. kenapa ni?? siapa jugak yang diingat sampai tak boleh tidur begini.. huhuhu.. mungkin tekanan di hari raya masih terasa.. siapa yang tak tertekan,, bila dia tak balik raya tapi nampak orang best gilerr beraya.. Huh.. sakit hati!! macam aku nak block ja fb ku sendiri.. buka fb ja terus nampak orang post gambar2x mereka yang sedang bergembira sakan.. diorang tak tahu dalam diorang bergembira ada hati yang terluka.. hmm !! dah nasib.. spoil mood ~ apa boleh buat kan.. sabo je laa.. sedih juga bila bapa selalu call.. terharunya.. terasa begitu di sayangi.. nasib jugak laa tak terlampau sedih sebab berkali2x video call sama diorang yang nun jauh di sana.. memang first tuh sedih gilerr sebab x pernah lagi raya jauh dari family.. dengar takbir dalam tv,, aku terus lari.. tak mau dengar.. luruh jiwa dan raga.. itu baru cerita pasal family.. c dia?? huhu.. lagi laa aku tertekan.. dah tiga tahun kot kami raya bersama.. time dia call tuh,, baru ja aku tenang dari berduka cita lepas oncall sama parents,, sedih balik utk kesekian kalinya..  tak da rezeki untuk kami raya sama2x tahun ni.. InsyaAllah bulan 9 kita jumpa.. :)))) senyuman yang lebar gitu lo.. Harap2x laa dapat balik bulan 9.. banyak yg special bulan 9 nanti.. huh tak sabar2x.. heiihaaa... Pasir Putih... I will be there next month.. :D

Isnin, 5 Ogos 2013

Cerita Hari Ini

Assalamualaikum..

Hari ni entah kenapa macam hari yang paling best tapi dalam masa yang sama ada sedih juga.. Yang bestnya hari ni ramai teman2x ku sms and call aku.. kata diorang,, rindu sangat kat aku.. aww sangat terharu.. dari pagi sampai ptg active betul hp ku.. sentiasa memekik.. dalam hati mesti laa rasa sangat terharu sebab masih ramai yang ingat kat aku.. abg pun ada call.. jemput raya bersama.. tapi.. hmm keadaan tak mengizinkan.. nasib2x kredit ku mencukupi untuk menjawab segala pertanyaan mereka2x tadi.. terasa sangat seronok.. boleh buat esok lagi..hekhekhek.. lagi satu time nak balik kondo,, bf cazen bawa lepak kejap kat i-city.. wah3x.. memey aku teringin sangat nak pergi i-city ni.. berapa kali lalu lalang jak tapi tak singgah.. berbulu mata time melihat warna warni di depan mata yang bercahaya2x menikam jiwa dan raga.. tapi hari ni,, mata tak berbulu dah cuma berdaki sebab dapat masuk and dapat tengok dekat2x..hehehehe.. best juga walaupun hanya berlima.. tapi 2 lelaki tuh diam2x jak.. entah laa malu kah apa kah.. tak kisah la.. lantak diorang laa.. yang penting aku enjoy tadi.. jyeaaahh.. ;)

ini laa salah satu aksi skema ku time di i-city :D

rambang mata melihat keindahan warna warni sebelum aidilfitri di i-city.. memang best.. tapi bila sampai rumah,, keadaan bertukar serta merta.. masuk rumah dalam keadaan rumah yang sangat sunyi macam dah berpuluh tahun ditinggalkan tanpa ada penghuni.. rasa lain.. rasa sedih.. semuanya ada.. rindu pada mereka. .mereka yang sentiasa bising.. sentiasa menaikkan api kemarahan warden kami.. tapi mesti lebih sedih time raya nanti.. beraya tanpa ada keluarga di sisi.. beraya di hostel lagi tuh.. huhuhhu.. begini laa nasib yang harus dilalui sebagai seorang perantau.. sabar ya hati.. kuatkan semangat mu.. never give up just for my beloved family..

Sabtu, 13 Julai 2013

About Her

Assalamualaikum...

Hari ni aku nak cerita sikit..masuk hari ni aku dah 4 hari dah puasa..haa dah 4 hari dah..bukan sehari..bukan 2 hari tapi dah 4 hari..yeaaaahhh.!!.^_^ (xda niat nak takabur@riak,,just untuk pembuka bicara)

Sebenarnya nak cerita pasal seorang housemate ku ni..dia ni baru je pindah ke rumah kami..mula tuh rasa macam biasa je..tapi entah bila masa dan sewaktu dengannya aku tak pasti sampai boleh sayang macam ni...bukan la sayang yang lain dari yang lain..sayang yang aku maksudkan ni ialah sayang macam seorang adik kepada kakaknya..yeaah itu laa yang aku maksudkan...selama ni pun aku mana ada kakak kandung..aku dilahirkan dengan keadaan tak berkakak dan tak berabang..aku tak pernah lagi rasa macam mana orang lain rasa..entah best ke tak kalau ada kakak ni..tapi kalau kakak sepupu biasa laa..tapi tetap juga tak sama kan dengan kakak kandung sendiri..kakak angkat ku time di sekolah dulu pun ramai..semua baik-baik belaka..tapi tetap juga tak sama dengan kakak kandung sendiri..huhuhuhu..tapi housemate ku yang seorang ni ada laa sama sedikit sebanyak gayanya dengan seorang kakak angat ku dulu...maybe tuh sebab laa sekarang aku rapat-rapat sikit dengan dia ni..dia seorang yang serius tapi dengan seriusnya tuh laa yang aku suka..entah laa kenapa..tapi dia ni tak sombong..satu perkataan dia keluarkan dari mulutnya boleh membuatkan aku kering gusi hari-hari..
ni laa orangnya..yang pakai kaca mata tuh..

Cantikkan dia..namanya Norizam..panggil nori..memang best kawan dengan dia..walaupun dia baru masuk dalam rumah kami,,tapi aku mudah rasa senang dengan dia ni..dia ni kuat sangat menari..jangan bagi dia cermin,,confirm dia terus nak menari..di rumah dia ni memang happy gila,,tapi kalau di kelas dia sentiasa serius..katanya dia ingin fokus..(Fokus laa sangat) best ada kawan and ada kakak macam dia..SAAAYYYAAANNNGGGGG kak nori.. :D

Selasa, 9 Julai 2013

Ramadhan Kali Ini

Assalamualaikum.. :)
Selamat menyambut bulan ramadhan semua..Andai ada salah dan silap mohon dimaafkan..Semoga ramadhan kali ini lebih bermakna buat kita semua..amiiin..
                                                                                                  teringat orang yang tersayang.. :(

Ramadhan tahun ni mesti la rasa lain sebab tak dapat puasa bersama-sama dengan family..huhu..first time dalam hidup ku macam ni..seumur hidup ku x pernah lagi aku x puasa dengan keluarga ku,,tapi tahun ni terpaksa berpuasa di tempat orang..(nasib badan la) kalau tahun-tahun sebelum ni mesti rasa best sangat sebab dapat sahur sama-sama,,dapat buka sama-sama and paling best bila pergi terawih..banyak kenangan yang tak akan ku lupa sampai bila-bila..time macam ni terus teringat pada mama,,bapa,,adikku,,cousin-cousin ku,,keluarga ku and si dia..huhuhuhu..(ya Allah tabahkan la hati ku ini) semoga ramadhan akan datang aku dapat berpuasa lagi bersama mereka-mereka yang tersayang..amiinn..tapi bukan aku saja yang x dapat sambut puasa bersama family,,ramai lagi kawan2x ku satu rumah terpaksa sambut puasa jauh dari family..mesti mereka pun rasa sedih seperti mana yang aku rasa..tapi mereka beruntung sikit sebab raya dapat balik kampung and dapat beraya bersama-sama family mereka,,tapi aku??huhuhu..aku,kawan ku eka and cousin ku eyqa terpaksa beraya di tempat orang..lagi la nanti sedih gilerr..orang lain happy gilerr sebab dapat beraya bersama family,,aku pula terpaksa tahan perasaan..(sedih and cemburu)bercampur aduk sebab nampak orang lain dapat beraya dengan family masing-masing..apa boleh buat kan..dah nasib..

Semoga ramadhan dan raya akan datang aku dapat menyambutnya lagi bersama orang-orang yang ku sayang..amiin..Pada korang semua,,ku susun sepuluh jari memohon maaf sekali lagi jika ada tersilap bahasa yang telah menyinggung perasaan anda sekalian..Harap dimaafkan..:)
SELAMAT BERPUASA.. ^_^

Khamis, 27 Jun 2013

'Rasa Semacam & Teman Baru Ku'

Assalamualaikum..heee

Kesian ini blog lama x update (terbiar bagai tiada tuan) maaf kan saya..:)
Semenjak sambung study,kurang masa nak buka blog..tapi buka fb berkali-kali (hehe) entah kenapa malam ni gatal sangat tangan nak update..tapi sorry la bukan pasal Zack and Ayu (ada masa nnti saya akan sambung kembali cerita itu ye) Sebenarnya malam ni rasa lain semacam..entah la rasa apa yang membelenggu diri ku sekarang ni (cehhh) susah ditafsir..tapi memang rasa lain..tidak tenang duduk di buatnya..hmm tapi sebenar-benar dan sebenarnya ada juga la rasa rindu pada someone (who??) biar la rahsia (tanya sendiri , jawab sendiri) dalam hati berharap sangat dia pun rasa apa yang ku rasa sekarang..malam-malam mimpikan dia..setiap detik berlalu hanya teringatkan dia..penting sangat kah sampai selalu di ingat..isshhh3x..hebat permainan dia..hmm ok tutup cerita pasal dia..buka cerita baru tentang kawan-kawan baru ku dekat sini..esok rumah ini akan kembali bergegar kerana budak-budak Johor akan kembali pulang..beberapa hari ni sunyi rumah tanpa keberadaan mereka semua..esok confirm riuh rendah tinggi pendek dalam rumah ni..ok nak kenalkan mereka-mereka itu..cerr tengok gambar bawah...
comel kan semua ;) (semua ada lolipop di tangan)

Masa ni kami pergi Majlis Apresiasi Pendidikan..dah lama dah..15 Jun yang lalu..tema purple..and paling sweet masa ni aku ada twin..hehe..bukan kembar wajah tapi pakaian (tapi ramai juga cakap muka kami sama) ye ke sama?entah la..mybe la sama (hehe) ok bermula dari kiri iaitu aku sendiri (suka ketawa bila mereka-mereka buat lawak..sampai nak tercabut gigi) kedua tu namanya IRA (dia ni kalau bersin bergegar rumah) hehe..ketiga tu namanya KINA (paling rajin buat assignment) keempat namanya KAK NORI (kuat menari tapi dalam kelas serius gilerr) kelima tuh yang paling pendek dan yang paling aku sayang..hehe..namanya FARAH (paling best bila bercerita dengan dia dan paling kuat gaduh dengan IRA..sehari x gaduh x sah) keenam tuh my bestfriend form Sabah..namanya EKA (salah satu chum2x ku daripada lima yg lain..paling bising kalau bangun tidur tapi pembawa ceria dalam rumah) ketujuh tu ketua rumah kami..namanya KAK TYHA (paling cantik and manis..dia ni kalau ketawa,ketawa je..tapi kalau serius..serius gilerr..kekadang seram juga) hehe..kelapan tuh pula kembar ku..namanya JANAH (paling kuat nangis kalau ada apa-apa perkara sedih berlaku..kekadang perkara lucu pun dia menangis) hehe teringat pasal gambar..dan yang terakhir tu paling unik antara kami semua (macam benda pula main unik-unik) namanya KAK ARY (kuat senyum..dan bila ketawa mesti terbaring di lantai) haa itu laa kawan-kawan baru ku..yang boleh membuat aku lupa tentang kesedihan disebabkan hari-hari mesti ketawa..baru 1 bulan lebih bersama mereka aku dah dapat tahu sedikit sebanyak gaya mereka..tentu mereka juga begitu..hehehe..sejujurnya dalam hati ku memang sayang sangat dengan mereka ni..mereka bukan sahaja kawan tapi merupakan keluarga baru ku di sini..Semoga kekal sampai bila-bila..amiin..;)

#okey la..itu sahaja untuk hari ni..mybe juga untuk bulan ni..hehe..ada masa jumpa lagi.. :)

Sabtu, 23 Mac 2013

Salah Kah Dia ???

Kenapa dia di buat seperti itu..??Dia telah cuba menunjukkan betapa dia sangat menyayangi lelaki itu tetapi di khianati..Salah kah dia merasa cemburu dengan lelaki itu..Bukan kah cemburu tandanya sayang..Kenapa lelaki itu masih tidak faham..Lelaki itu tetap dengan egonya sendiri..Merasa bangga dengan egonya itu..Ingat lah wahai lelaki..Mungkin sekarang kau belum dapat melihat kejujuran dan keikhlasan cintanya pada mu..Tapi jangan sampai menyesal..Bila hatinya cukup tersakiti,,dia akan pergi membawa dirinya jauh dari diri mu lagi..Ketika itu la nanti baru kau menyedari betapa pentingnya dia dalam hidup mu..Oleh itu,,hargailah orang yang menyayangi mu..

Selasa, 19 Mac 2013

Result SPM Sangat Menakutkan


Assalamualaikum semua..
Hari ni rasa lain sangat..Mana taknya esok result SPM keluar dah..Takut dan berdebar-debar sangat ni..Semoga saya dan kawan-kawan saya lulus dengan cemerlang dalam SPM ni.. Semoga segala usaha kami selama ni berbaloi..Aaammmiiinn..Tapi sekarang tengah bingung sangat-sangat nak sambung belajar kat mana..Banyak juga terbaca di blog-blog orang pasal tempat sambung belajar lepas SPM ni tapi banyak yang membingungkan kepala otak ni..huh..Mana satu nak di ikut..Kata orang kah atau kata hati sendiri..Tapi kalau ikut kata orang ‘badan binasa’..kalau ikut kata hati ‘memakan diri sendiri’..so mana satu mahu di ikut ni???..Siapa-siapa kakak dan abang yang terbaca ni yang memang dah mahir apa perlu di buat lepas spm ni,,tolong la kongsi-kongsi sikit..:)Dan kepada semua pembaca,,tolong la doa-doakan semoga saya dan kawan-kawan saya dapat keputusan yang cemerlang dalam SPM tahun ni..amiinn3x ya Allah..

TERIMA KASIH DAN WASSALAM..(~_~)


Ahad, 3 Mac 2013

Hehehe...

Terkejut gila semalam bila blackout kat rumah...rasa seram sejuk pun ada juga..Bermacam-macam andaian yang di buat...Yang lain mengajak bersembunyi dalam hutan..wakakakaka...Bila lampu hidup semula,,baru senang hati....:)

Apapun semoga segala yang tidak diingini tidak berlaku...Amiiinn..

Sabtu, 2 Mac 2013

Kerana mulut badan binasa

Assalamualaikum semua..
Sekarang tengah heboh pasal pencerobohan kat Sabah kan..Semua membuat sebarang andaian tanpa usul periksa dahulu..Untuk pembaca semua,,jangan la mudah sangat percaya tanpa kita periksa dahulu..Buang masa kita saja kan..saya sendiri kat Sandakan ni pun tidak berani mengeluarkan sebarang berita yang belum pasti..Kami di sini pun risau sangat dengan keselamatan kami sekeluarga,,tapi apa yang kami mampu buat hanya berserah pada yang Maha Esa agar sentiasa di lindungi-Nya..Ramai juga sekarang bertanya siapa dalang di sebelalik kejadian ni semua?Saya pun sebernarnya tak tahu sangat..Masing-masing la kita menunggu berita selanjutnya..Semoga ada bukti-bukti yang kukuh dan dengan segera dapat kita tahu siapa punca sebenar ini berlaku..Bagi keluarga wira kita..Bersabarlah..saya turut bersimpati..Semoga mereka di sana di tempatkan di tempat orang-orang yang beriman...Mereka telah di hantar di dunia ini dengan cara yang baik..Semoga kedatangan mereka di akhirat sana di sambut juga dengan baik dan semulia-mulia nya kerana mereka telah membela negara mereka sendiri..Sekian daripada saya..Wassalam..

#Al-Fatihah untuk wira kita..