Welcome To My Pot Pet Pot Pet # D'La Isran # Biru Itu Indah

Pengikut Setia Ku

Sabtu, 22 November 2014

Rindu Kenangan Lalu

Assalamualaikum..
Hai semua.. lama laa jugak tak update blog ni.. rasa sunyi je blog ni.. kesian laa pulak.. sekarang ni kawan-kawan yang lain dah tidor.. yang aku ni pulak tengah busy buat esaimen.. esaimen?? betul ke time macam ni buat esaimen??? dah pukol empat pagi kot.. takde maknanya nak esaimen.. HAHA.. ekceli baru je habis tengok running man episode 157.. haa ambik kau.. siap bagi episode lagi.. nak tidor lewat sikit sebenarnya lagipun esok ahad.. boleh bangun lewat sekit.. ye dok?? :D okey laa.. tanpa membuang masa biar aku beritahu sekalian alam bahawasanya diri ini, hati ini dan degupan jantung ini betul2 rindukan orang sandakan.. siapa orang sandakan itu?? mestilah family aku.. rindu sangat2 kat diorang.. hope bulan 1 ni dapat balik sandakan lagi.. insyaAllah kalau ada rezeki.. :)


okey masa ni tengah kerja kat hotel.. balik bulan 9 haritu memang tak banyak masa nak spent time dengan keluarga.. hari2 kerja, kerja dan kerja.. penat dohh.. tapi apa boleh buat.. nak cari duit kan untuk balik kehel.. kalau tak cari maksudnya nak balik kehel jalan kaki laa.. kiu2..

ini laa wajah2 yang aku rindui saat ini.. rindu sangat2.. dengan c kecik tuh lagi aku geram.. rasa rindu nak cium2 dia.. huhuhuhu.. sabo je laa.. ;( 
masa kat sana sempat laa jugak sambut raya aidiladha walaupun hari tuh aku terpaksa kerja jugak.. :( tapi yang bestnya ramai yang bawakan aku and sanggup hantarkan aku makanan g hotel.. terima kasih laa pada mereka2 semua.. :D







and masa ni adalah hari terakhir aku di sandakan.. pagi2 dah kena gerak g pasir putih sebab macik buat makan2 kat pantai.. malam tuh aku dah kena gerak balik kehel.. rasa sedih je masa ni.. rasa macam taknak je balik.. taknak dah berjauhan dengan orang2 yang tersayang.. huhuhu

and gambar kat atas ni masa dlm flight and masa keluar jenjalan sama c eka.. first time balik kehel sendiri.. selalunya ada kawan tapi hari tuh sendiri2 je.. but Alhamdulillah semua okey.. malam tuh kami terpaksa tidur kat airport.. tak tidur pun sebenarnya.. bergosip je kerja kami.. and thanks jugak laa kepada sepupu kesayangan aku ni.. sanggup kawan kan aku bermalam kat airport.. kalau dia takda tak tahu laa apa jadi kat aku.. then keesokan harinya dia lepak kat rumah aku semalam dan sempat laa jugak kitaorang spent time sama2.. g karoke lagi.. selang semalam dia ajak keluar lagi.. jalan2 g kehel.. pun singgah kat karoke jugak.. ekceli bila balik kehel je, mesti nangis punya laa sebab rindu diorang.. masa kat dalam flight lagi confirm menangis.. tapi alhamdulillah.. dapat laa tahan sikit.. sebab ada sepupu ku ni.. tak laa rasa sedih sangat.. :)

okey laa.. rasanya tuh je laa kot nak cerita.. ada masa panjang umur ada jodoh jumpa lagi.. thanks sudi singgah.. salam subuh.. sekian zZzzzZZZzz :))


 










Khamis, 18 September 2014

Jatuh Cinta Jatuh Sayang

Assalamualaikum..

Haiii ekceli hari ni nak update blog sbb takut memori terindah tuh hilang dari ingatan ni.. nak tahu tak sekarang ni tengah exam.. ya exam! esok last paper.. tapi sempat lagi update blog.. tak pa laa bukan selalu kan.. ok nak cerita laa masa cuti study week hari tuh, memang dah plan balik perak sebab takkan balik sabah pulak kan.. 30/8 aku dah kena pergi sana sebab dah pernah janji masa raya hari tuh yang mengatakan  aku kena pergi majlis iaitu "kembar" akan kahwin pada tarikh berkenaan.. so dah janji kan.. kenalaa tepati.. malu tuh memang malu sebab ni kali pertama aku ke perak tanpa kehadiran insan bernama Siti Noratikah itu.. hanya Tuhan sahaja yg tahu mcm mana berdebar2 nya jantung,, rasa macam jantung tuh nak jatuh ke perut dah.. Normal laa kan perasaan malu tuh mesti ada.. Aku memang malu dengan keluarga diorang yang kat Ipoh tuh sebab diorang ni ramai.. masa balik perak aku kena terus pergi Ipoh.. fuhhh lagi malu masa tuh bila dapat tahu abang ku takda kat situ.. dia masi kat manjung sebab ada urusan kerja..bila dipikir2 dalam keadaan aku masa tuh mcm org luar.. yala aku orang sabah.. diorang semua orang perak.. fuhhh lagi berganda2 rasa malu.. macam2 dah masa tuh aku terbayang.. mesti aku dipinggirkan.. itu kata hati ku.. tapi Alhamdulillah bila sampai jak diorang layan aku, tegur aku dan bawa aku bersembang.. hilang dan terbang rasa malu tuh.. 2 hari jak di Ipoh dah ada kenangan sweet yang takkan ku lupakan sampai bila2.. then lepas tuh kitaorang pun balik Manjung sbb abang ku dah nak start kerja balik.. masa kat manjung rasanya takda certita nak diceritakan sebab selama 5 hari kat manjung, rutin harian ku tidur makan dan ada laa beberapa hari tuh aku kena jaga anak buah sorang2 kat rumah sebab kakak ipar pegi klinik.. kiranya ada jugak laa pengalaman kat situ iaitu aku dah praktikal menjaga budak2 umur 2 dan 3 tahun.. Haha!.. then lepas tuh diorang ajak aku pergi Taiping pula sebab takut kakak ipar bersalin.. so kitaorang pun pergi ke taiping laa pulak.. kiranya time cuti tuh aku melancong2 laa yee.. kahkahkah.. tapi ada benda yang tak diingini laa pulak jadi masa kat taipimg.. mama mentua abang masuk wad.. tapi seminggu jak.. masa suami mama mentua abang balik dari London, dia pun dah keluar hospital.. alhamdulillah.. oke tengok laa gambar kat bawah.. tuh  ja gambar yang sempat di ambil sebagai kenangan dari perak..
masa ni kat hospital.. muka penat kot time ni.. Haha
  

masa ni tengah jalan2 kat Taiping.. makan mee rebus.. mee rebus ni antara mee rebus yang tersedap kat Taiping.. memeng holio0o betul mee rebus dia..
masa ni tengah sembunyi di rumah mak tam.. sebab bersembunyi tuh ndak payah cerita laa..



dan yang gambar kat atas ni pula barang2 dari London.. comelkan baju baby tuh.. grrr tengok.. buah dari London pun ada.. :D


ni laa tiga orang budak yang balik2 nak tengok cerita Frozen tanpa jemu.. umur 2,3 dan 5 tahun.. hebat praktikal ku.. berbeza umur yang aku jaga. kahkahkah.. miss them so muchhh.. >_<
and ini gambar masa on the way balik KL.. dalam tren yg sejuk gilakk.. rasa nak Frozen dah time tuh.. cehhhh..

Tuh jak laa kot yang nak cerita kenangan terindah kat sana.. aku jatuh cinta dan jatuh sayang dengan orang2 perak sebab diorang layan aku dengan baik betul.. terima kasih sangat2.. takkan ku lupakan sampai bila2.. ada jugak laa beberapa part aku tak cerita.. biar laa tersemat indah dalam ingatan.. Hanya Tuhan jak yg dapat membalas jasa mereka semua.. Mama, abah, kak ira, abang nik, kak sarah, abang wan dan jugak mak tam.. terima kasih banyak2.. takkan ku lupakan segala kebaikan kamu semua sampai bila2.. 

Sekian.. :) ^_^

Rabu, 13 Ogos 2014

Raya 2014 ヅ

Assalamualaikum.. 

Selamat kemalaman kamurang.. rasanya hari ni dah masuk raya ke 17 dah.. RASANYA LAH.. tak pasti sebab memori dah longgar sikit.. nak cerita balik laa pasal raya pertama sampai laa raya ke lima.. first tuh tak terfikir pun nak update pasal raya sebab tak beraya dengan keluarga kat kampung.. sob sob.. sebab tuh takda feeling nak update raya.. tapi bila rasa sendiri beraya tuh, tetiba ada aura yg muncul dalam diri sehingga laa mampu aku katakan raya tahun ni ialah raya yang PALING BEST.. masa puasa hari tuh macam nak tak nak jak ke Perak sebab tak da langsung feel nak beraya ni.. orang lain beraya sakan dengan keluarga kat kampung, aku pulak terpaksa beraya kat tempat orang.. tak ke sentap macam tuh?? ish3.. first ahad tuh aku dengan cazen bertolak ke Perak sebab memang dijanjikan hari itu kami kena ke sana.. klu bukan tiket dah beli, berkemungkinan besar aku cancel kan nak balik raya kat sana.. sebabnya cuma satu "LANGSUNG TAK ADA FEELING NAK BERAYA" aku ulang untuk entah yang keberapa kali.. kitaorang kena pergi terus ke Taiping Perak tempat mak mentua abang sepupu aku sebab diorang dah ada kat sana.. sebelum ni memang aku pernah pergi Manjung Perak jak.. itupun rumah abang sepupu.. pernah jugak sekali masa aku kat Manjung aku jumpa dengan keluarga mak mentua abang aku.. sekali jak.. mesti ada malu kan.. so masa first sampai rumah tuh memang "krik krik"..malu  gilaaa.. masa buka puasa tuh lagi kekok sebab diorang semua ada kat luar.. nasib ada c eka dengan abang nik iaitu abang sepupu ku itu, klu tidak mungkin dah nangis sebab malu.. -.- 

           Lepas tuh masuk laa bulan syawal iaitu first eid.. fuhhh meriah benor.. terpaksa duduk kat luar lepas tuh tayang muka dengan senyuman entah ikhlas ke tak.. ehh eh ehhh.. ikhlas ba pulak.. masa tuh rasa nak putus urat sebab senyum jak disebabkan keluarga diorang memang masa tuh tak putus2 datang dan sesiapa yang datang tuh mesti aku dengan c eka akan dikenalkan seperti orang yang penting sahaja gayanya.. ceewahhhh.. raya pertama kitaorang jalan2 beraya pergi rumah kawan abang sepupu.. entah berapa rumah aku tak ingat dah..
*tuh dia posing entah apa2.. -.-"






*masa ni sesi bersalam-salaman.. tengok senyuman tuh ikhlas kan.. sapa kata tak ikhlas DOSA.. :P


Raya kedua kami tak pergi beraya.. kami pergi kenduri kahwin.. bukan kahwin lagi.. baru nak meminang.. jauh jugak laa.. sampai bedengkur dalam kereta.. ish3.. buat malu jak.. tapi masa ni yang bestnya kami pergi ramai2.. dalam 5 buah kereta begitu.. semua gerak sama2.. memang best.. bila berhenti kat trafiic light, bergurau senda, bercanda ria.. memang best.. balik dari tempat orang kahwin tuh, ada jugak laa singgah beraya kat kawasan situ jugak.. best sebab habis rumah orang tuh diserbuh.. nak tengok berapa ramai yang menyerbuh.. kau tengok laa gambar kat bawah ni.. -_-
*biar aku kenalkan sikit2 erkk.. okey yang pakai baju kurung hijau tudung kelabu sebelah baju kurung biru tuh.. itulah mak mentua abang sepupu ku.. anak2 saudaranya panggil #makdak.. anak dia yang sebelah kiri pakai baju warna kuning depan aku tuh yang ada budak kecik tuh.. itu lah kak Ira.. kakak ipar kami.. dia anak bongsu dari tiga beradik.. kakak dia yang pakai tudung pink tuh sebelah lelaki baju hitam dan sebelah makcik tudung hitam tuh.. yang kat tengah2 tuh.. haa dia laa.. nama dia kak Sarah.. belum kahwin.. pensyarah tuh.. abang kak Ira pulak yang tuhhhh yang kat belakang tuhhh.. sebelah pakcik baju oren.. haa dia yang pakai baju biru tuh.. nama dia abang Wan.. pun belum kahwin jugak.. ehem2.. oke.. kirannya ipar abang sepupuku ni ada 2 orang je laa.. diorang kak Ira tiga beradik jak.. oke #makteh pulak yang baju merah2 tuh pakai tudung warna hitam.. haa tuh #makteh yang tinggal kat Ipoh.. anak dia yang kat belakang tuh.. yang belakang kak Sarah tuh.. nampak tak dua orang perempuan.. cuba tengok betul2.. kembar tuh.. nama #Qiela dan #Eka.. aku pernah silap dengar.. masa syok2 atas katil.. aku dengar mak mentua abang aku panggil #Qiela dan #Eka.. aku dengar masa tuh #Dila dan #Eka.. dah laa masa tuh c #Eka sepupu aku ni tengah syok tidur.. masa kena panggil tuh.. masa tuh diorang kat dapur.. punya main laju aku terjun katil.. tapi rupanya bukan kami kena panggil.. c kembar yang kena panggil.. Maluuuuuu.. -_- yang tudung hitam tuh #Qiela dan yang tudung hijau tuh #Eka.. yang nak kahwin hujung bulan ni #Qiela.. ada lagi anak #makteh lelaki dua orang.. satu tuhh ensemm.. cehhh sempat lagik.. tapi masa tuh tengah ambil gambar.. so sabar laa.. korang tak nampak.. oke nampak tak makcik yang tengah angkat tangan tuh.. yang angkat tangan tinggi2 tuh.. masa tuh dia tengah cakap "MERDEKA" hahaha.. takda laa gurau jak.. haa nama dia #maksu.. mybe yg paling bungsu.. anak dia yang sama baju dengan dia laa.. yang caler oren semua tuh.. termasuk laa laki dia yang kat belakang tuh.. haa ni aku nak cerita sikit.. antara ramai2 yang aku pernah pergi rumah diorang.. rumah #maksu laa paling menang.. pergghhh cantik gilakk rumah dia.. calerful dalam rumah dia.. design pun cantik.. and yang akhir sekali yang kat hujung tuh sebelah kak Ira tuh nama dia #maktam.. depan rumah mama mentua abang ku jak rumah diorang.. anaknya yang sebelah kak Ira yang pakai tudung merah tuh.. Fatin nama dia.. hmm rasanya tuh jak laa kot aku nak kenalkan.. :)



*Haaa... tadaaa.. amacam.. ramai kan.. tuh belum masuk lagi tukang ambik gambar kat depan tuh.. entah berapa ramai yang ambi gambar.. memang best masa ni.. takkan ku lupakan sampai bila2.. masa ni dah nak gerak balik Taiping.. :(

Oke,, raya ketiga pulak, kami just jalan2 kat Taiping jak.. rumah keluarga mak mentua abang sepupu, rumah kawan abang sepupu, jiran diorang.. memang best.. tapi just kami jak laa.. tak da ramai2..
*ni laa antara gambar sempat dirakamkan.. ewahhh ayat skema.. :D

raya keempat yang best.. sebab apa??? kitaorang pergi IPOH.. tempat adik beradik mak mentua abang sepupu iaitu #makteh.. jauh jugak laa.. and kali kedua berdengkur dalam kereta.. kah3.. masa ni best sebab jalan ramai2 jugak.. dalam 3 buah kereta jugak laa..
*muka mengantuk tuh sebab lama sangat dalam kereta.. yang kat sebelah sana yg pakai tudung tuh nama dia Fatin.. mcm kitaorang jugak.. masih study di Terengganu.. best dapat kenal dengan diorang ni.. hmm rindu... :(

raya keempat tuh kami ada jalan2 beraya jugak.. pun rumah kawan abang sepupu di Ipoh.. Jumaat tuh bersamaan dengan raya kelima kami balik semula ke Taipimg.. dan malam tuh dapat jalan kejap jak.. keesokannya bersamaan raya keenam iaitu hari sabtu, kitaorang di bawa jalan2 sekitar Taiping sebab petang tuh dah nak balik KL.. sob sob.. macam singkat jak masa.. memang tak puas lagi..

*ni masa kitaorang jalan2 malam tuh.. sempat lagi pergi Dataran Taiping and funfair..  best sangat.. tak terluah rasanya..



*Dan yang ini masa hari terakhir jalan hari sabtu tuh.. kitaorang pergi Taman Tasik Taiping, Bukit Larut, Zoo and banyak lagi sebenarnya.. malas dah nak turun bergambar.. hehehe.. memang best.. :D :D :D

Pertama sebab tak ada feeling langsung nak beraya jadi terus berfeeling2.. maksudnya kat sini, menyesal sebab terus buat tak suka sebelum nak cuba dulu.. Alhamdulillah.. bila dapat kenal dengan keluarga diorang yang baik, peramah dan tak sombong buat aku selesa.. malu memang tetap malu, tapi diorang tetap buat kami duduk kat sana tak rasa janggal.. antara semua kenangan yang aku rasa paling best masa pergi tempat kahwin and masa pergi Ipoh tuh.. masa tuh memang best... SUMPAH best gilerrrr.. mybe sebab ramai2 kot.. alhamdulillah laa tahun ni aku diberi kesempatan merasa raya yang cukup indah dan manis.. tahun lepas beraya kat hostel jak.. tak da feeling langsung.. tapi tahun ni.. alhamdulillah.. aku dikenalkan dengan keluarga kak ira.. #makdak, #maktam #makteh #maksu.. ada lagi sebenarnya adik beradik diorang tapi tak ingat dan tak berkesempatan nak jumpa.. best.. sangat best.. kenangan yang takkan ku lupakan sampai bila2.. in syaa Allah hujung bulan ni nak datang lagi kat sana sebab dah kena jemput kahwin.. kembar nak kahwin.. :) ;)

Sekian Raya 2014.. Best Moment.. I will miss it.. :)








Isnin, 7 Julai 2014

Kecuaian Diri Kali Kedua

Assalamualaikum..

Haii salam tengah malam semua.. masih tak tidur sebab tengah buat prop untuk teater muzik rabu ni.. ekceli bukan nak cerita pasal tuh.. ada hal lebih penting dari itu.. hari ni merupakan hari kenangan terindah laa jugak sepanjang aku hidup selama 19 tahun ni.. indah sangat-sangat sampai mengalirkan air mata terharuh.. kiu2.. ok laa pagi tadi aku pegi kelas macam biasa laa.. tetiba pulak nak bawa laptop takut ada masalah yang tidak diingini sebab dalam laptop tuh ada video untuk presentation and esaimen ku yang memang nak kena hantar hari ni.. so aku bawa laa laptop ku kelas tanpa ada rasa apa2.. masa balik kelas tuh punya laa cantik aku plan nak tengok running man seberapa banyak episod.. memandangkan hari ni awal balik dan hari esoknya bersamaan dengan hari selasa takda kelas so plan yang aku buat tuh memang cantik + mantap.. lepas melepaskan lelah aku pun buka laa laptop ku tanpa mengucapkan kalimah Bismillah.. bila buka jak screen laptop tuh dah jadi lain.. aku tutup and buka balik tetap takda perubahan.. hati tak payah cakap laa.. masa tuh rasa nak meletop jak hati ni..
cantik + mantap

lepas tutup buku tutup buka jawapan tetap sama.. aku pun dah malas and terus nak tidor.. berharap bila bangun apa yang terjadi hanya dalam mimpi.. tapi bila bangun tetap juga screen laptop tuh macam tuh.. bukan mimpi dah tapi realiti.. memang tak ragu lagi laptop aku dah problem.. aku buka fb then tanya kawan kat fb tuh.. dia kata memang screen laptop dah rosak.. mybe sebab tersepit @ terhimpit @ terhempas dan banyak atau lagi laa.. terhempas tuh rasanya takda laa. tapi tersepit @ terhimpit tuh aku rasa ada.. sabo je laa.. then kawan aku tuh cakap kalau nak repair kena ada 300 ke atas.. perghhh naik sentap aku mendengarnya.. hebat dugaan di bulan Ramadhan ni.. redha je laa.. aku apa lagi mata ni tak henti2 mengularkan rintisan2 yang begitu mengharukan.. bukan nangis sebab laptop tuh rosak sebab aku tau boleh repair lagi.. aku nangis sebab fikir macam mana cara nak bagitau parents aku.. alahai beratnya mulut ni nak bagitau.. bukan apa ni kali kedua aku cuai dalam tahun yang sama cuma bulan ja berlainan.. beza sebulan ja kot.. bulan lepas handphone hilang atas kecuaian sendiri jugak dan masa tuh pun aku menangis macam kematian anak.. nangis masa tuh bukan sebab handphone hilang sebab masih ada dua handphone lagi, tapi nangis sebab fikir pasal parents jugak.. betapa aku cuai dan betapa aku menyusahkan hidup mak bapa aku.. rasa bersalah betul.. tak tahu nak mula dari mana.. nak cakap dengan parents pun rasa serba salah.. taknak diorang fikir panjang pasal aku.. taknak tambah beban yang memang sentiasa aku bebankan.. aku fikir dengan pergi belajar ni aku lebih senangkan diorang.. tapi aku salah.. makin menyusahkan diorang adalah.. so pada yang membaca ni, hati-hati laa menjaga barang kesayangan anda.. jangan jadi macam aku.. cuai tak bertempat.. asyik cuai ja.. malu dengan diri sendiri.. apapun redha dengan semua ni.. pengajaran untuk diri sendiri agar lepas ni lebih peka dengan semua.. jangan cuai! ingat JANGAN cuai!! sob sob.. k laa.. Salam Ramadhan yang ke 10.. sekian Wassalam.. :)

Isnin, 30 Jun 2014

Mimpi Buruk

Assalamualaikum..


Haii u olss.. hari kedua puasa hari ni.. masi mamai lagik.. tak dapat laksanakan semuanya dengan sempurna.. in sya Allah akan diperbaiki lagi.. hari ni nak update sikit pasal sesuatu yg mengganggu jiwa dan ragu ku semenjak dua tiga hari ni.. first masa round2 FB hari tuh, nampak org post kanser di leher tumbuh disebabkan guna shampoo.. aku tak baca habis sebab nampak gambar tuh buat aku geli.. sampai sekarang terbayang2.. rasa seram sejuk.. semoga dijauhkan dari dapat penyakit macam tuh.. yang kedua pula, hari tuh aku buka FB juga then nampak kawan kat sandakan post gambar diorang jalan2 pegi taman buaya.. siap duduk atas buaya tuh lagik.. then lepas tuh macam biasa laa aku mesti nak tengok running man sebelum tidur.. masa tengok tuh dalam cerita tuh diorang kena buat misi di dalam hutan bersama2 dengan pelbagai jenis binatang.. and then masa tuh jugak Kwang Soo dapat buaya sebagai misi dia hari tuh.. fuhh hari tuh kiranya banyak kali jugak laa nampak buaya.. so bila dah tido tuh termimpi laa buaya masa tuh kat bawah rumah kami jak.. and dlm mimpi masa tuh hujan lebat and bawah rumah banjir sebab tuh timbul buaya.. oke sini aku nak cakap sikit, ada dua jak aku terfikir mungkin cuma mainan tido sebab siang tuh aku banyak sangat nampak buaya kat dalam laptop ni.. mungkin tuh salah satu sebab aku mimpi buaya.. kedua pula sebelum ni pun aku pernah mimpi buaya jugak.. bukan sekali tau.. dah banyak kali.. tak tahu yang kali ni masuk kali ke berapa dah.. tapi yg pasti aku memang selalu mimpi pasal buaya.. rasa tak sedap hati aku pun tanya en.google tafsir mimpi pasal mimpi buaya ni.. dan aku temui jawapannya..
Melihat buaya di air melambangkan anda tidak boleh mempercayai seseorang, baik teman atau lawan atau juga melambangkan pencuri atau pedagang@peniaga yang tidak jujur.
 buaya adalah haiwan sungai. ia menunjukkan khianat, degil dan jahat. jika bermimpi buaya di air membawa maksud buruk, jika di atas tanah membawa erti lemah dan terhina.
so lepas baca ni aku pun terfikir2 laa.. betul ka ada orang nak buat khianat dgn aku ni.. betul atau tak tuh Allah jak yang tahu.. aku hanya berserah padaNya.. semoga ianya sekadar mainan tidur dan tidak mempunyai maksud apa2.. Wallahu a’lam..
 

                                              




Isnin, 9 Jun 2014

Sendiri.. (._ .)"

Assalamualaikum..

Hai.. now sorang2 kat library.. rajin kan aku.. ceh rajin laa sangat.. hari ni tak da kelas.. so terasa nak pegi library laa pulak.. sorang2 sebab yg lain tak da kat rumah.. tinggal aku sorang jak kat rumah.. so sebab boring sorang2 kat rumah, baik aku keluar.. dah laa rumah tuh tak da wifi.. bulan lima and bulan enam ni betul2 cekik darah..banyak betul kena guna duit.. haisshhh makin lama aku sini makin aku menyusahkan mak bapa aku.. rasa bersalah menyelubungi diri ini.. :( ok laa.. nak bagitau sekarang ni aku dah pindah rumah.. tak duduk kat kondo lagi.. duduk kat apartment lestari.. jauh tuh tak laa jugak tapi naik bukit.. naik bukit dua kali lepas tuh naik tangga lagik.. aduhhh klu balik jak mesti penat.. lenguh lutut lebih2 lagi time panas terik.. payah benor.. apa laa nasib.. tak pa laa dugaan.. lebih mencabar lagi bila puasa nanti.. 19 hari lagi dari sekarang.. dugaan oh dugaan.. oh nak bagitau juga (bagitau sapa sebenarnya ni) yang aku dah masuk sem 3 dah.. and dalam sem 3 ni aku tak tau lagi cabaran2 yg perlu aku tempuh... baru 3 minggu macam aku tak nampak sangat.. tapi esaimen tuh tetap laa buat aku stresss!!!.. tapi kami akan buat persembahan time aprisiasi nanti.. pergghh dup dap dup dap jugak ni tapi takkan selamanya nak dup dap dup dap.. kena ada keyakinan sikit.. jyeahhh... wish me and my team good luck k.. :) ok laa saja jak nak update blog hari ni sebab boring.. ok laa.. chauuu!! ^_^

Ahad, 20 April 2014

Rindu .....

Assalamualaikum..

Lama rasanya tak buka blog.. bila terasa ada benda nak luah tapi tak tahu nak luah kat siapa baru laa teringat kat blog ni.. boleh laa luahkan perasaan kat sini walaupun hakikatnya seperti syok sendiri.. [krik krik krik krik] hebat ada bunyi cengkerik siang2x macam ni.. -_-

ok sebenarnya hari ni rasa rindu sangat dengan keluarga kat sandakan.. lama dah aku balik dari sandakan.. cuti memang tak puas laa.. sekarang ni pun dah masuk sem khas dah habis pun sebenarnya... tinggal tunggu exam then lepas tuh cuti semester.. [wish me luck] :) teringat dengan adik kesayangan ku yg selalu aku buli masa kat sana.. apa jenis kakak laa aku ni.. baru hari ni aku ingat, masa aku kat sana hari tuh, dia ada dapat dari sekolah ejaan vokal.. masa tuh dia gembira sebab katanya aku ada kat sana, boleh tolong ajarkan dia.. tapi aku x pedulikan langsung.. aku biarkan dia baca sorang2x.. aku sibuk pegang hp.. ya Allah kejamnya aku.. hari ni baru ingat yg aku belum ada ajar lagi dia baca vokal tuh.. macam ni nak jadi cikgu.. jadi kakak pun macam tak da gunanya.. haisss teruknya perangai aku ni.. seriously rindu gilak dengan diorang terutama adik ku ni.. tak sangka dia masih ingat benda yang kami dua selalu buat.. benda yang hanya kami yang tahu.. aku tak tau laa masa tuh,, aku tengok dia dan dia tengok aku then kami terus buat perkara yang memang aku tak terfikir langsung yang dia masih ingat.. perkara tuh ialah kenyit mata sama2x.. hehehe.. seronoknya bila ingat balik..

ni laa dia c budak nakal tuh.. ;)



masa ni kat kampung, aku buli suruh cuci pinggan.. baik kan aku.. :D :D :D
masa ni pun dia ikut je cakap aku sebab dia ada kawan baru kat kampung yang budak pakai baju merah tuh.. habis juga budak tuh aku suruh cuci pinggan sekali.. hehehehe.. best jadi pembuli ni..


dan masa ni my mom sama adik ku yg kedua.. tngok laa muka adik ku yang sorang ni,,
sedih je.. sebab masa tuh kitaorang dan nak balik sandakan.. :(

dan yang ni mestilah lelaki yang paling ku cintai.. my beloved father.. ambil gambar bersama sebelum balik sandakan.. balik sandakan bermakna aku takkan jumpa diorang lagi sebab tak lama balik KL.. in Syaa Allah panjang umur ada jodoh cuti nanti jumpa lagi... hero ku dunia dan akhirat.. :)



ini pula buat aku geram.. buat macam mana pun dia tetap senyum bila di gambar.. nampak camera je dia terus tengok.. miss her.. :(




dulu aku sendiri sekarang dah ada dua adik.. tengok la satu tuh asyik pegang hp je.. ishh3x pengaruh kuat dari kakak dia.. kehkehkeh.. :D


sekian.. :)